Solskjaer: Kami Yakin Mampu Tewaskan PSG Walaupun Ketinggalan 2-0

Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata pemainnya menunjukkan keyakinan yang baik untuk menghapuskan defisit 2 gol apabila turun menentang Paris Saint-Germain dalam perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara Eropah.

United akan turun tanpa khidmat beberapa pemain utama  apabila mereka bermain di Parc des Princes awal pagi Khamis nanti tetapi ia langsung tidak menjejaskan keyakinan anak buah Solskjaer untuk mara ke peringkat seterusnya.

Solskjaer yakin menang walaupun ketinggalan 2-0. Confident tu penting

Antara pemain utama yang tidak dapat diturunkan adalah pemain tengah berpengaruh, Paul Pogba yang mengutip kad merah dalam perlawanan pertama di Old Trafford.

Selain Pogba, pemain utama seperti Ander Herrera, Jesse Lingard, dan Anthony Martial masing-masing akan terlepas peluang untuk bermain kerana mengalami kecederaan. Seramai 9 pemain skuad utama United dilaporkan tidak akan dapat diturunkan kerana masalah kecederaan.

Namun begitu, Solskjaer tetap yakin dengan peluang pasukannya dan percaya Red Devils mampu mencipta satu keajaiban dengan menyingkirkan PSG dari Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya boleh kata, para pemain berasa yakin untuk mengharungi perlawanan itu nanti walaupun mereka ketinggalan 2-0.”

“Kami tahu ia bakal menjadi perlawanan yang sukar. Kami bermain menentang PSG di Old Trafford dan sedar mereka adalah pasukan yang bagus. Ditambah pula kami mempunyai beberapa pemain yang cedera.”

United perlu mencipta keajaiban tanpa khidmat Pogdab

“Tetapi kami juga mempunyai beberapa pemain yang mahu menjadi sebahagian daripada pasukan yang bakal mencipta keajaiban. Kami perlu cuba untuk mencari gol.”

“Kita tunggu dan lihat berapa banyak gol yang kami akan perolehi. Kerana itu adalah perkara paling penting.”

Solskjaer turut ditanya adakah terdapat pemain yang sempat sembuh untuk berhadapan dengan PSG, ini jawapan pengurus berwajah babyface itu.

“Tidak buat masa sekarang. Ia tidak kelihatan seperti itu.”

“Tidak, kami tidak perlu mengambil risiko dengan Martial[menurunkan pemain yang kurang cergas]. Beliau masih belum menjalani latihan, jadi saya rasa beliau tidak akan bermain.”

Solskjaer turut menggesa pemainnya untuk mengambil aspirasi dari kemenangan bersejarah United terhadap Juventus suatu ketika dahulu dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada musim 1998/1999, United berjaya menyingkirkan Juventus di peringkat separuh akhir dengan mencatatkan kemenangan 3-2 di tempat lawan sekali gus layak ke perlawanan akhir. Ia juga musim yang cukup bersejarah buat Red Devils kerana mereka berjaya menggondol treble dalam musim tersebut.

Mampukan United menembusi barisan pertahanan PSG nanti ?

“Kami seri 1-1 di tempat sendiri dan mereka berjaya menjaringkan 2 gol dalam 10 minit pertama dalam perlawanan timbal balik. Tiba-tiba saya fikir kami akan tersingkir pada ketika itu.”

“Tetapi sebaik sahaja kami menjaringkan gol di tempat lawan, kami terus dominan. Dan selepas itu kami berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2. Pihak lawan panik dan kemenangan menjadi milik kita.”

“Kami perlu menjaringkan gol nanti. Jika kami berjaya mendapatkan gol awal, kami akan mempunyai peluang.”

BACA:  Jesse Lingard Semakin Hampir Beraksi Di K-League