Solskjaer Mahu Manchester United Lepaskan 3 Pemain

Pengurus sementara atau interim Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang menggantikan The Special One. Jose Mourinho dilaporkan mahu Manchester united menjual 3 pemain.

Manchester United kembali menyetan sejak Solskjaer mengambil alih tampuk pemerintahan buat sementara waktu dari Mourinho yang dipecat kerana lebih suka membawa bas ke padang.

Menurut laporan Metro bukan Harian Metro ye sedara, Ole Gunnar Solskjaer bakal dilantik sebagai pengurus tetap Manchester United di penghujung musim ini.

Bukan itu sahaja bawangan dari Metro, malah Solskjaer seperti pengurus pasukan yang lain sudah tentu mempunyai kemahuan apatah lagi nafsu untuk membina pasukan dari pemain pilihan hatinya.

Ole Gunnar Solskjaer diaktakan telah memberitahu Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward supaya membenarkan 3 pemain meninggalkan kelab. Sila meninggal.

Tiga pemain yang dimaksudkan adalah :

1. Alexis Sanchez – Pemain Piano
2. Marcos Rojo – Pesakit Luar
3. Antonio Valencia – Askar Pencen

Laporan itu juga menyebut bahawa Solskjaer telah terlibat dalam perbincangan untuk perancangan musim hadapan dan telah mengenal pasti apa yang perlu dibuat untuk meningkatkan prestasi pasukan.

Untuk membolehkan pemain baru masuk musim hadapan maka setan Merah terpaksa melepaskan pemain yang tidak diingini untuk pergi untuk membolehkan kewangan kelab menjadi seimbang maka Rojo, Valencia dan Sanchez tiada dalam perancangan.

Gaji besar dan tidak berbaloi.

Jika berbicara tentang cinta sedanga aku hilang arah tinggal hanya sandiwara, jika berbicara tentang kewangan maka sedarlah kenapa nama Sanchez akan menjadi sebutan untuk mengurangkan beban kewangan.

Sanchez sejak hadir ke Old Trafford tiada impak yang nyata diberikan dengan gaji yang terlampau tinggi yang tidak sejajar langsung dengan prestasi.

Cuba teka, K. reuben atau Valencia?

Perbincangan untuk menyambung kontrak De Gea yang mahu bayaran lebih masih tergantung disebabkan oleh gaji Sanchez yang mencecah £400,000 seminggu.

Dengan melepaskan Sanchez maka tiada masalah untuk Setan Merah mengekalkan De Gea yang merupakan pemain terbaik pasukan hampir setiap tahun itu.

Antonio Valencia bakal tamat kontrak dipenghujung musim ini dan sudah melewati waktu senja. Valencia menyertai United pada 2009 dan membuat 338 penamilan.

Dibelenggu kecederaan.

Kini masanya telah tiba untuk pergi bagi pemain berusia 33 tahun itu da Solskjaer dikatakan tidak berminat untuk menyambung kontrak walaupun untuk tempoh setahun.

Rojo telah menyambung kontrak pada Mac tahun lalu sehingga tahun 2021 akan dijual ekoran masalah kecederaan yang menyaksikan beliau hanya membuat 3 penampilan di musim 18/19.

Baca Juga

Baca Juga