Solskjaer: Manchester United Mampu Julang Liga Juara-Juara Eropah !

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata pasukannya mampu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah musim ini selepas mempamerkan persembahan menakjubkan untuk menyingkirkan Paris Saint-Germain.

Dalam perlawanan timbal balik awal pagi tadi, Manchester United turun dengan misi yang sukar untuk layak ke peringkat suku akhir selepas tewas 2-0 di tempat sendiri.

Manchester United bakal juara ? Ini bukan team next year is our year

Banyak pihak tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat United bangkit berikutan masalah kecederaan yang membelenggu sebilangan pemain utama mereka. Ditambah pula pemain tengah berpengaruh, Paul Pogba tidak dapat bermain kerana menerima kad merah di Old Trafford tempoh hari.

Namun begitu, bola itu bola dan bukan flat. Siapa sangka kita dapat melihat antara malam paling menakjubkan dalam sejarah Red Devils dalam pertandingan peringkat Eropah berlaku di Parc des Princes semalam.

Manchester United menjadi pasukan pertama dalam sejarah pertandingan untuk bangkit dari kekalahan 2-0 di gelanggan sendiri untuk layak ke peringkat seterusnya.

Solskjaer bagaikan seorang ahli silap mata sekarang. Segalanya benda yang beliau sentuh bertukar menjadi ’emas’. Lihatlah pasukan yang beliau bawa ke Perancis. Ianya dipenuhi dengan pemain simpanan dan juga beberapa muka baru dari akademi.

Apabila legends bergabung, meletop….

Persis ‘Sir Alex Ferguson’, beliau menukar pasukan ‘cacat’ United menjadi satu unit yang kental sehingga berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan Paris Saint-Germain yang dipenuhi bintang bertaraf dunia.

Dua gol dari Romelu Lukaku dan gol penalti dari Marcus Rashford pada lewat permainan berjaya menghantar United ke peringkat suku akhir. Manakala PSG sekali lagi kempunan yang mana musim ini menjadi musim ke-3 berturut-turut perjalanan mereka tersekat di pusingan 16 pasukan terakhir.

Selepas melihat persembahan cemerlang yang dipamerkan anak buahnya, Solskjaer mendakwa peminat masih belum melihat potensi sebenar yang mampu dilakukan skuad tersebut.

“Kami sentiasa percaya. Rancangan kami bukan lah untuk memiliki penguasaan bola dan mendominasi mereka. Jika kami memberi PSG terlalu banyak ruang, mereka boleh menghukum kamu.”

Kesian Neymar

“Anda boleh lihat ia berlaku beberapa kali pada separuh masa pertama apabila kami gagal bertahan dengan baik. Rancangan utama kami adalah untuk terus berada dalam permainan sehingga 5 minit terakhir dan ia membuahkan hasil.”

“Saya memiliki banyak memori yang fantastik. Ia menjadi lebih istimewa apabila anda menjadi jurulatih dan melakukannya bersama staff dan pemain anda.”

“Suasana dalam bilik persalinan kami amat menakjubkan. Kami dapat melihat seluruh pihak di dalam kelab ini bersatu, dari bekas pemain sehingga lah bekas pengurus.”

“Kami boleh memenangi pertandingan ini. Sudah tentu kami mempunyai peluang. Kami perlu menunggu proses undian terlebih dahulu.”

“Kami mempunyai banyak pemain yang cedera dan digantung, tetapi hari ini ia merupakan berita baik untuk kami kerana kami dapat menurunkan pasukan yang cergas.”

“Kami tahu kami perlu bertahan dan merendah diri untuk bekerja lebih keras. Kesemua pasukan yang berjaya layak ke suku akhir adalah pasukan yang berkualiti.”

BACA:  Inter Milan Buka Pintu Untuk Onana Kembali Ke San Siro