Solskjaer Salahkan VAR Tidur Tak Bagi Penalti

Ole Gunnar Solskjaer menuduh Pengadil VAR Jon Moss tidur pada separuh masa kedua ketika Manchester United seri bermaruah dengan West Brom.

Pengadil perlawanan Craig Pawson menghadiahkan Harry Maguire penalti pada babak kedua tetapi ulangan menunjukkan Maguire berdiri dalam posisi offside.

Walaupun ada sentuhan, Pawson dinasihatkan oleh Moss untuk datang ke monitor dahulu melihat keadaannya, dan akhirnya Pawson tanpa segan silu menarik balik penalti itu.

Solskjaer menyalahkan VAR sebagai punca United gagal menang dalam perlawanan itu. Kerana, jika penalti itu diberikan pastinya dengan mudah Bruno Fernandes menyempurnakannya.

Ole berkata: “Kita semua mahukan konsistensi dan permainan yang adil tetapi ada kesalahan manusia seperti yang kita dah jangka.”

“Itulah yang berlaku tetapi hukuman yang kita dapat hari ini – ini adalah faul yang jelas – jika anda hanya melihat pertembungan antara bek tengah dengan Harry, itu adalah kekasaran.”

“Jadi pasti ada seseorang yang tertidur di pejabat VAR, Stockley Park atau di mana sahaja mereka berada. Seseorang perlu menghirup kopi. Ini dengan mudah dapat dielakkan dengan mengatakan dia ofsaid.”

Solskjaer juga menyatakan bahawa Maguire dihukum secara tidak adil setelah gol kapten itu turut dibatalkan dalam kemenangan United 1-0 di Burnley bulan lalu.

Maguire merasakan  gol pembukaan gol Mbaye Diagne untuk West Brom adalah tidak sah. Kerana Diagne melakukan kekasaran terhadap Victor Lindelof dan Solskjaer merasakan, jika gol Diagne dikekalkan, maka gol Maguire seharusnya dikekalkan juga.

“Ini lebih ‘faul’ daripada apa yang Harry lakukan kepada pemain Burnley sebelum ini,” tambah Ole.

“Apabila gol itu (menentang Burnley) ditarik dari kami, dan juga jika ada konsistensi, maka ini pun satu faul juga.”

“Sekali lagi, sebagai seorang penyerang seperti saya, ia akan menjadi sukar untuk kehilangan gol seperti itu, jadi bagi saya, kedua-dua seharusnya kekal sah,” kata Ole yang mempertahankan gol Maguire dan Diagne. Jika itu berlaku pasti United menang 1-2. Nampak bijak permainan Ole.

Kemudian Ole menyatakan dia belum melihat ulang tayang gol itu dengan lebih jelas.

“Saya tidak benar-benar melihatnya, hanya melihatnya secara langsung, belum melihatnya dengan teliti. Tetapi konsistensi adalah apa yang kita perlukan dan pastinya lebih dari faul daripada yang dilakukan Harry terhadap pemain Burnley. ”

Ole juga meyatakan bahawa mereka bukan bersaing untuk menjadi naib juara.  Beliau menjawab soalan pelik wartawan yang bertanya, adakah United sudah menyerah kalah dan hanya mahukan tempat kedua.

“Tiada orang nak menyerah diri seawal ini. Ia sangat sukar untuk diramalkan, tentu saja apa pun boleh terjadi. Kita tidak akan berpuas hati untuk berada di tempat kedua, tentu saja tidak.”

Baca Juga

Baca Juga