Ole Gunnar Solskjaer sudah semakin hampir pasti untuk mengetepikan Antonio Conte dari terus menjadi calon pengganti beliau untuk mengurus Manchester United.
Hal ini kerana Tottenham Hotspur ketika ini sudah menyatakan persetujuan mereka untuk menerima syarat Conte dan mahu melantik bekas pengurus Inter itu sebagai pengganti Nuno Espirito Santo.
Tottenham Hotspur sebelum ini pernah cuba meminang Antonio Conte, namun rundingan tersebut berakhir dengan kegagalan kerana Daniel Levy menolak untuk menerima syarat khas yang diletakkan oleh Conte.
Nuno Espírito Santo is on the brink of being sacked by Tottenham after talks with the board yesterday. The club would be keen to re-hire Mauricio Pochettino, and an intermediary has also sounded out Antonio Conte | @garyjacob https://t.co/k9X5D515ml
— Times Sport (@TimesSport) November 1, 2021
Conte dikatakan meminta kontrak jangka masa panjang bersama Spurs, beliau juga mahu mengawal perpindahan pemain dan Conte turut mahukan jaminan tentang transparensi daripada pengurusan tertinggi tentang projek ekonomi kelab.
Bukan itu sahaja, Conte mahukan staf kejurulatihan beliau yang dianggap terlalu mahal kosnya oleh Spurs sebelum ini.
Terakhir sekali, Conte mahukan dana perpindahan pemain yang cukup untuk membeli pemain pada jendela perpindahan akan datang.
Melihat kepada semua permintaan dari Conte, Levy memutuskan untuk menolak menerima cadangan tersebut, dan melantik Nuno Espirito Santo sebagai pengurus yang baharu.
Dan Santo setuju untuk menguruskan pemain yang sedia ada di Spurs dan sanggup untuk menerima pengurangan kuasa pengurus dalam urusan jual beli pemain.
🚨BREAKING | Antonio Conte is set to accept the proposal from Tottenham Hotspur. | [@NicoSchira]
✍️Conte has requested a three-year contract worth €15M per-year and especially the guarantee of an important January transfer window with the signings of 3/4 players.#THFC #COYS pic.twitter.com/fVCiEdh69I
— Last Word On Spurs🎙 (@LastWordOnSpurs) November 1, 2021
Spurs sudah lama mengawal kuasa pengurus dari segi urusan jual beli pemain dengan Jose Mourinho dan Mauricio Pochettino sebelum ini pernah menyindir Levy kerana sikapnya yang kedekut dan hanya mahu membeli pemain yang menjadi pilihannya sahaja.
Selain itu, Pochettino pernah mendedahkan bahawa, Levy adalah orang yang akan berunding dengan pemain soal kontrak. Dan hal itu membuatkan pengurus tidak tahu apa-apa berkait kontrak tersebut.
Misalnya Harry Kane, sebelum ini dikatakan berunding terus dengan Levy. Dan Levy memberikan janji khas kepada Kane, akan menjual pemain itu jika dia mahu pergi selepas 3 tahun, seandainya Spurs tak menang sebarang piala.
Klausa seperti itu hanya Levy yang tahu sementara pengurus pula langsung tidak pasti apa yang berlaku.
.@ManUtd ease pressure on Ole Gunnar Solskjaer with 3-0 win at @SpursOfficial
READ: https://t.co/2O2yBYFEyI #ManchesterUnited #TottenhamHotspur #MUNTOT pic.twitter.com/3f2pbcD4Dl
— TOI Sports (@toisports) October 31, 2021
Kane musim lalu sudah memberitahu perkara itu kepada umum. Malangnya Levy dikatakan U turn dan tidak mahu melepaskan Kane.
Antonio Conte bukan pengurus yang suka mengambil tugasan di tengah musim. Namun baru baru ini beliau menyatakan yang beliau berminat untuk mengendalikan United.
Spurs dikatakan akan menyediakan terus dana perpindahan Januari ini untuk Conte jika pengurus itu setuju menyertai mereka sekarang.
Conte masih lagi calon pilihan Man United jika Ole Gunnar Solskjaer dipecat. Di mana pengurus itu baru sahaja melepasi cabaran Spurs dengan beliau perlu hadapi 2 lagi perlawanan yang akan menentukan nasibnya.
.@ManUtd seek to restore pride at @SpursOfficial as spotlight fixed on #Solskjaer
Read: https://t.co/ujsw3OwOMI#ManUnited #PremierLeague pic.twitter.com/5kObCOGhdE
— TOI Sports (@toisports) October 28, 2021
Ole Gunnar Solskjaer diberikan tiga perlawanan ini untuk membuktikan sesuatu kepada kelab dan mendapatkan semula kepercayaan untuk membenarkan beliau terus mengendalikan United.
Selepas kekalahan memalukan bertemu Liverpool, Ole Gunnar Solskjaer mengubah sepenuhnya taktikal dan kesebelasan utama beliau ketika aksi bertemu Tottenham Hotspur.
Hasilnya, para pemain berjaya memberikan keputusan yang positif dan membantu kelab untuk mencatatkan kemenangan pertama mereka dari lima perlawanan terakhir dalam saingan liga.
🚨BREAKING | Tottenham Hotspur are willing to offer Antonio Conte a multiple-yearly contract & significant investment in the squad starting from the January transfer window. | [@SkySport]
⌛️This time Conte could accept the proposal, Spurs are awaiting his final yes.#THFC #COYS pic.twitter.com/RcuUN5w06R
— Last Word On Spurs🎙 (@LastWordOnSpurs) November 1, 2021
Hebatnya Ole, beliau sedar Spurs turut sedang bergelut dengan masalah prestasi pada ketika ini, dan dengan kejayaan beliau membelasah skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu, maka ia secara tidak langsung memberi ancaman kepada karier pengurus dari Portugal itu.
Kini nama Conte yang awalnya dikaitkan dengan beliau, sudah mula hangat dikaitkan sebagai penganti Nuno Espirito Santo, dan kedudukan beliau sebagai pengurus United semakin kukuh.
Sumber: Axello.Net