Solskjaer Tak Kisah Dimaki Kerana Meletakkan Ronaldo Di Bangku Simpanan

Ole Gunnar Solskjaer menjawab kritikan berkait keputusannya meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan ketika aksi bertemu Everton, dan beliau juga turut memberi bayangan bahawa hal itu mungkin akan berlaku lagi.

Manchester United telah mempamerkan aksi persembahan tidak menentu sejak beberapa perlawanan terakhir mereka, sebelum rehat antarabangsa baru-baru ini.

Aksi terakhir setan merah dalam saingan Premier League adalah mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Everton di halaman mereka sendiri.

Walaupun Ronaldo berada di atas padang ketika aksi perlawanan bertemu The Toffees, namun para peminat telah melemparkan kritikan pedas terhadap pengurus United kerana meletakkan bintang Portugal itu dibangku simpanan.

United sedang mendahului permainan dengan keputusan 1-0 ketika Cristiano Ronaldo dimasukkan, namun beliau gagal untuk menambah jaringan untuk skuad setan merah.

Lebih teruk lagi, mereka gagal untuk mempertahankan kelebihan satu gol itu dengan membenarkan Everton menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Keputusan Ole Gunnar Solskjaer untuk tidak menurunkan pemain berusia 36 tahun itu telah mengundang kecaman dari pelbagai pihak.

Bahkan legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Sir Alex Ferguson sendiri turut meluahkan rasa kecewanya beliau kepada Khabib Nurmagomedov tentang keputusan Solskjaer tidak menurunkan Ronaldo.

Sir Alex menganggap Ole Gunnar Solskjaer seharusnya menurunkan kesebelasan terbaik miliknya untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Walaupun beliau teruk dikecam, dihina dan dimaki, Solskjaer sepertinya memberi gambaran yang beliau akan sekali lagi meletakkan Ronaldo di bangku simpanan.

Solskjaer kemudiannya membalas segala kritikan tersebut dengan menyatakan yang beliau lebih tahu apa yang beliau lakukan kerana beliaulah yang menguruskan pemain.

“Dia seorang pemain yang menakjubkan, memiliki penyudah yang mengagumkan, penjaring gol, seorang yang sangat profesional.”

Jelas pengurus dari Norway itu ketika temu bual sebelum perlawanan bertemu Leicester.

“Sangat sukar sebenarnya untuk ketepikan dia, dan saya rasa semua orang pun sama. Bagaimana untuk saya kata? Jika kamu boleh pergi dan bermain enam perlawanan dalam enam hari dan menurunkan kesebelasan utama sama sepanjang masa.”

“Ia menarik, tapi rotation sangat diperlukan, kita perlu sampai ke April dan Mei dalam keadaan semua orang bertenaga.”

“Kita pada Mei musim lalu kita semua sudah penat.. saya yang uruskan pemain di sini.”

Ole menegaskan yang beliau mahu mengekalkan sistem pertukaran pemain dalam usahanya untuk memastikan semua pemain akan berada di tahap kecergasan terbaik mereka sehingga akhir musim nanti.

Oleh yang demikian, Ronaldo sepertinya mungkin akan sekali lagi diletakkan di bangku simpanan, dek kerana Solskjaer mahu memastikan tahap kecergasan beliau tidak terjejas.

Selain dari Sir Alex Ferguson, ramai lagi pihak lain yang mengkritik keputusan Ole meletakkan Ronaldo di bangku simpanan, selepas bintang Portugal itu menjaringkan gol kemenangan untuk United bertemu Villarreal dalam aksi saingan Champions League.

Gabriel Agbonlahor menganggap keputusan Solskjaer itu sebenarnya satu dosa besar yang boleh mengakibatkan beliau dipecat.

Dietmar Hamann pula menganggap Ole Gunnar Solskjaer sebagai individu yang sangat menyedihkan dan beliau turut menyatakan:

“Satu-satunya alasan mengapa Manchester United masih dalam perlumbaan untuk merebut kejuaraan dan buat yang terbaik dalam saingan Champions League adalah Cristiano Ronaldo.”

“Saya tak tahu di mana tempat mereka tanpa Ronaldo atau tanpa gol jaringannya. Solskjaer terlalu ambil mudah. Old Trafford yang sepatutnya dikenali sebagai ‘Theatre of Dreams’ kini dilihat lebih kepada ‘Theatre of Nightmares’.”

Tugas berat menanti Solskjaer selepas rehat antarabangsa ini, dengan mereka akan bertemu Leicester pada minggu ini, diikuti aksi pertemuan bertemu Liverpool, Tottenham Hotspur dan Manchester City pada minggu berikutnya.

Tambahan lagi, Solskjaer yang masih belum menemui kesebelasan terbaiknya pada ketika ini, semakin tertekan kerana kehilangan pemain utama kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Seandainya beliau sekali lagi meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan, dan ditambah United kehilangan mata dalam perlawanan tersebut, jelas sekali kedudukan beliau sebagai pengurus kelab akan terjejas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Cristiano Ronaldo Pilih 6 Pemain Yang Berpotensi Menjadi Penggantinya