Son Akan Diasingkan Setibanya Ke London Kerana Ancaman Coronavirus

Pemain sensasi Tottenham Hotspur, Son Heung-Min akan mengasingkan diri selama dua minggu apabila dia kembali dari Korea Selatan akibat ancaman coronavirus.

Son pulang ke tanah air beliau Korea Selatan, untuk menjalani pembedahan dengan seorang doktor yang dipercayainya. Pemain antarabangsa Korea selatan itu mengalami masalah kecederaan lengan ketika bertemu Aston Villa awal bulan Februari lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu telah pulang ke Korea Selatan sebelum sekatan perjalanan dilaksanakan. Kini Negara Korea antara negara yang terjejas teruk dengan ancaman Virus itu.

Pengurus pasukan Spurs, Jose Mourinho mengesahkan dalam sidang akhbarnya pada hari Jumaat lalu bahawa Son akan diasingkan dari pemain lain untuk seketika, sebelum kembali menjalani latihan bersama.

“Saya rasa tindakan selanjutnya datang dari pihak berkuasa atau dari pihak kerajaan. Saya tidak akan membuat sebarang komen, saya bukan sesiapa, saya bukan pakar kesihatan.”

katanya kepada pemberita di Daily Mail.

“Saya hanya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan apa yang telah dinasihatkan kepada pasukan kami oleh pihak berkuasa. Dan sudah tentu kami mengikuti segala-galanya. Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa Sonny ketika dia pulang dari Seoul kita perlu mengikuti protokol dan kita tidak akan membawanya segera berlatih bersama di sini.”

“Di mana dia akan diletakkan? Saya tidak tahu hendak menjelaskan dengan cara spesifik, saya hanya tahu kita perlu mengikuti beberapa protokol keselamatan.”

Walau bagaimanapun, Mourinho telah berkongsi beberapa berita gembira berkaitan dengan kepulangan Son selepas pulih dari kecederaan.

“Dia akan kembali ke England tidak lama lagi, maka sudah tentu dia perlu mengikuti beberapa protokol keselamatan kerana dia terbang dari Seoul,”

Kata pengurus berusia 57 tahun itu.

“Apabila beliau sudah pulih sepenuhnya, kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membawa dia kembali bersama pasukan untuk beberapa perlawanan. Cuma saya tidak tahu bila.”

“Tetapi ada kemungkinan yang baik bahawa sebelum akhir musim,Harry Kane dan Son Heung-min akan kembali menyertai pasukan semula.”

Wabak koronavirus telah menyebabkan kekacauan didalam pentas bola Sepak seluruh dunia. Itali antara yang terkena serangan hebat dan telah menunda beberapa perlawanan Serie A hujung minggu lalu.

Hujung minggu ini bakal menyaksikan lima perlawanan yang akan dimainkan secara tertutup tanpa penonton. Termasuk perlawanan antara Juventus dan Inter Milan.

Inter telah mengharungi perlawanan Europa League mereka menentang Ludegorets secara tertutup dan tanpa penonton. Lalu kejadian itu agak dikesali oleh pengurus pasukan mereka Antonio Conte.

“Bola sepak memerlukan penyokong untuk kita mendengarkan sorakan dan aura dari mereka. Itu lah moment terbaik yang ada dalam sukan bola Sepak, bukan bermain secara tertutup tanpa penyokong.”

katanya kepada Sky Sports.

“Keputusan untuk bermain secara tertutup dengan tiada penonton ini telah diambil atas dasar kepentingan kesihatan orang awam, saya cuma berharap segala-galanya dapat kembali normal dengan secepat mungkin.”

BACA:  Son Sumbat Dua Gol Selepas Diperlekehkan Pasukan Dan Media China