Son Menang Undian Muka Depan FIFA 20 Pilihan Peminat Tewaskan Ronaldo, Neymar Dan Messi

Menjadi penghias muka permainan bola sepak elektronik, FIFA keluaran EA Sport merupakan satu penghormatan yang tinggi lagi berprestij bagi seorang pemain bola sepak kerana permainan ini merupakan satu permainan yang laku keras.

Penyerang Tottenham Hotspurs, Heung-Min Son berjaya menewaskan pemain bintang dunia yang lain seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk menjadi pemain yang akan menghiasi muka depan FIFA 20.

Dalam undian yang dijalankan oleh FIFPlay, beberapa pemain terkemuka dunia ketika ini telah disenarai pendek bagi peminat memilih pemain mana yang akan menghiasi kotak depan permainan video popular iaitu FIFA 20.

Mana satu yang lebih cocok ? K-POP atau K-PORTUGAL ?

Pada bulan November lalu, Son mendahului pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi, Ronaldo, Mohamed Salah dan Neymar Jr. dengan memiliki undian sebanyak 48% !

Beberapa bulan berselang, ternyata semangat Asia untuk Asia masih kuat dalam diri peminat bola sepak di benua Asia.

Tiga bulan lepas, Son masih lagi mendahului undian tersebut, mendahului Ronaldo dan Messi dengan kelebihan yang sangat tipis.

Son menerima undian sebanyak 17%, iaitu sebanyak 203,974. Manakala pemenang tempat ke-2, Ronaldo juga menerima 17% tetapi kurang sedikit dari Son, iaitu 202,691.

Di kedudukan ke-3 adalah Lionel Messi, yang menerima undian sebanyak 192,390. Bekas rakan sepasukannya yang kini merumput di Perancis bersama Paris Saint-Germain, Neymar Jr. berada di kedudukan ke-4 dengan mengumpul 180,740.

Undian 3 bulan lepas. Tiada kelibat Safawi Rashid.

Kini undian telah ditutup dan peminat telah memilih siapa yang menjadi pilihan hati. Son tetap unggul masih berada tinggi, gayat nun jauh di puncak hati peminat bola sepak dunia.

Son telah mengumpul undian sebanyak 306,931 undi dan hampir saja dikejar Neymar di tangga kedua yang menolak Cristiano Ronaldo ke tangga ketiga dan Messi ke tangga keempat dengan 306,899 undi.

Neymar membuat comeback dan mengejar lalu potong tang konar dalam 3 bulan terakhir ini jauh juga meninggalkan Ronaldo(288,486 undi) dan Messi(288,115 undi)

Mo Salah di kedudukan ke-5 disusuli dengan Thomas Muller, Javier Hernandez, Wu Lei, Kylian Mbappe, Luis Suarez, Eden Hazard dan Antoine Griezmann.

Sebelum ini dalam undian untuk FIFA 19, Ronaldo menerima undian tertinggi, jauh meninggalkan pemain-pemain lain. Tetapi EA memilih untuk menggunakan 3 pemain sebagai muka depan FIFA 19 iaitu Neymar, Kevin De Bruyne dan Paulo Dybala.

Kuasa untuk menentukan pemain mana yang layak menghiasi muka depan FIFA 20 masih lagi tertakluk pada EA, walaupun pemain tersebut gagal memenangi undian ini.

Undian ini boleh dikatakan sekadar suka-suka joget dipinggir jalan, tak mengira orang yang lalu lalang.

Keputusan penuh selepas undian ditutup :

1. Heung-Min Son – 306,931 undi

2. Neymar – 306,899 undi

3. Cristiano Ronaldo – 288,486 undi

4. Lionel Messi – 288,115 undi

5. Mohammed Salah – 187,303 undi

6. Thomas Muller – 124,217 undi

7. Wu Lei – 79,077 undi

8. Kylian Mbappe – 58,561

9. Paul Pogba – 55,582 undi

10. Javier Hernandez – 33,608 undi

11. Marco Reus – 19,542 undi

12. Alireza Jahanbaksh – 17,529 undi

13. Antoine Griezmann – 12,735 undi

14. Luis Suarez – 12,484 undi

15. Virgil Vandijk – 11,327 undi

Baca Juga

Baca Juga