Miroslav Soukup dan Bahrain Mengintai Kejutan Dalam Pembukaan Piala Asia

Miroslav Soukup mengingatkan bahawa pasukan mempunyai peluang untuk mengejutkan tuan rumah Emeriah Arab bersatu (UAE) dalam perlawanan pembukaan Piala Asia AFC 2019 malam ini.

“Kami pastinya tidak mempunyai pemain bintang dalam pasukan kebangsaan Bahrain, sebaliknya kami lebih kuat sebagai satu pasukan dan itu jauh lebih penting bagi kami.”- Soukup

Bahrain layak ke pusingan akhir Piala Asia selepas menjuarai kumpulan D bersama Palestin, Maldives dan Bhutan dengan mencatat 4 kemenangan dan hanya sekali tewas.

Pencapaian terbaik Bahrain berlaku pada 2004 apabila pasukan ini berjaya mara ke perlawanan separuh akhir sebelum tewas kepada Jordan melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam permainan sebenar.

Walaupun perlu berhadapan dengan sorakan penyokong tuan rumah di Stadium Bandar Sukan Zayed di Abu Dhabi, ketua jurulatih Bahrain Soukup yakin dengan prospek pasukannya.

“Kami sangat gembira kerana kami telah layak ke Piala Asia dan juga kami berada di Kumpulan A. Kami dapat membuka kejohanan ini dengan pasukan tuan rumah” kata pengendali dari Czech itu.

“Kami pastinya bukan pasukan pilihan dalam kumpulan A , tetapi pasukan kami bertambah baik dari tahun lepas dan sudah bersedia untuk kejohanan ini”

“Saya harap para pemain saya dahaga untuk memenangi perlawanan menentang UAE. Tentu sahaja kita boleh kalah, tetapi saya mahu pemain saya meninggalkan padang pada dengan tidak menundukkan kepala di tanah”

“Kami mengetahui kualiti pasukan UAE, kami menghormati kekuatan mereka dan mereka adalah pilihan dalam kumpulan kami. Tetapi apa yang boleh kita lakukan? Kami hanya boleh cuba untuk bermain dengan baik dan pada selepas malam ini, kami akan melihat hasilnya. ”

Soukup mengambil alih Bahrain pada tahun 2016 seterusnya melakukan peralihan skuad dan diharapkannya akan mencapai keputusan yang baik pada edisi kali ke-6 disetai negaranya.

Selepas ketibaan saya di Bahrain, kami mula mengubah pasukan. Kami kini mempunyai pasukan yang sangat muda, tetapi saya tidak takut tentang perkara ini.

“Malah, saya tidak memikirkannya sama sekali, saya sebenarnya lebih prihatin terhadap prestasi pemain saya. Setelah berkata demikian, kami juga mempunyai pemain berpengalaman seperti Abdulwahab Al Safi. Seterusnya, saya rasa kami mempunyai keseimbangan yang baik sepanjang skuad.

“Kami pastinya tidak mempunyai pemain bintang dalam pasukan kebangsaan Bahrain, sebaliknya kami lebih kuat sebagai satu pasukan dan itu jauh lebih penting bagi kami.”

Sumber: AFC

Baca Juga

Baca Juga