Souness: Macam Mana Liverpool Nak Menang Rumput Panjang Sangat, Rumput Panjang Sangat…

Bekas pemain dan pengurus serta lagenda Liverpool, Graeme Souness telah membuat satu tuduhan yang mengejutkan ramai apabila menyifatkan Aston Villa sengaja membiarkan rumput panjang untuk perlawanan menentang Liverpool.

Liverpool telah dikejutkan dengan kekalahan 7-2 di kaki Aston Villa dan telah mendahului pasukan penyandang juara 4-1 pada separuh masa pertama hasil hatrik Ollie Watkins.

Semasa rehat separuh masa pertama Graeme Souness yang mengulas dan membuat analisis di studio Sky Sports telah mendakwa bahawa bola kelihatan tidak bergerak dengan bebas di padang.

“Apa yang aku nak cakap, Aku rasa Villa telah membiarkan rumput lebih panjang daripada biasa untuk memperlahankan pergerakan Liverpool.”

“Keadaaan paang ini sama untuk kedua-dua pasukan tapi untuk semua pasukan teratas mereka mahu rumput pendek, padang yang laju.”

“Aku tak rasa ini padang yang laju bagi aku malam ini.”

Graeme Souness menambah bahawasanya beliau tidak mahu menggunakan rumput panjang sebagai alasan tapi beliau percaya Villa telah menyediakan padang khas untuk menanti kunjungan Liverpool.

Tidak mahu jadikan rumput sebagai alasan tapi memang dah jadi alasan. Keadaan rumput sama untuk kedua-dua pasukan tetapi beza gol.

Rumput panjang mungkin mengganggu permainan pantas Liverpool tapi takkan la kena sampai 7 biji dengan hampir semua pemain pertahanan terbaik dunia menjadi benteng kan?

Mungkin faktor rumput akan merencatkan permainan Liverpool yang mungkin membawa kepada perkongsian mata ataupun sekadar tewas tipis. Tapi dua gol jugak dapat.

Macam mana Liverpool nak menang? Rumput panjang sangat, rumput panjang sangat, rumput panjang sangat, rumput panjang sangat, rumput panjang sangat, rumput panjang sangat, rumput panjang sangat…

Dah macam lagu Bangau oh Bangau.

Bangau oh bangau kenape engkau kurus?

Macam mane aku tak kurus, ikan tak nak timbul

Ikan tak nak timbul

Ikan oh ikan kenape kau tak timbul?

Macem mana aku nak timbul, rumput panjang sangat

Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput kenape panjang sangat?

Macam mane aku tak panjang, kerbau tak makan aku

Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau kenape tak makan rumput?

Macam mane aku nak makan, perut aku sakit

Souness: Ini Pasukan Liverpool Terkuat Sejak 1990

Pada awal musim 2019/20 Graeme Souness telah menyifatkan Liverpool musim lepasa sebagai yang terkuat pernah dilihatnya sejak 1990, iaitu tahun terakhir Liverpool berjaya mendakap kejuaraan liga.

Souness yang pernah menjadi kapten dan pengurus Liverpool suatu masa dahulu percaya barisan pemain yang dikumpul Jurgen Klopp sekarang merupakan skuad paling kuat yang pernah dilihatnya selama hampir 28 tahun.

Souness turut percaya Liverpool bakal menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris dan telahan Souness bukan sahaja benar malah Liverpool menjadi juara Premier League.

“Virgil van Dijk telah banyak melakukan perbezaan dalam skuad ini. Sesetengah pihak berkata seorang pemain tidak akan mampu mengubah satu pasukan, tetapi Van Dijk berjaya membuktikan beliau mampu membawa angin perubahan dalam pasukan ini.”

“Jika anda lihat pada barisan pertahanan Liverpool ketika ini, mereka mampu bermain untuk Liverpool sehingga 10 tahun yang akan datang. Terutamanya jika penjaga gol baru mereka (Alisson) mampu menjadi pemain yang cemerlang.”

Ketibaan Virgil van Dijk berjaya mengukuhkan barisan pertahanan Liverpool

Kepercayaan Souness ini hadir selepas Liverpool berjaya menyelesaikan masalah bahagian pertahanan yang telah bocor teruk sejak sekian lama dengan kemasukan Virgil Van Dijk dan Alisson Becker.

“Anda dapat lihat Liverpool mempunyai dua pemain full-back yang masih muda iaitu Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson, ditambah dengan Joe Gomez dan Van Dijk. Mereka ini semua mungkin akan bermain bersama selama 10 tahun.”

“Jika mereka mampu bermain selama itu, Liverpool akan mempunyai bahagian pertahanan yang stabil. Liverpool tidak akan melepaskan gol dengan mudah lagi kerana pemain saling mempercayai antara satu sama lain.””

“Skuad Liverpool kali ini merupakan yang terkuat pernah saya ingat, sejak kali terakhir Liverpool memenangi liga pada tahun 1990. Ini kelompok pemain paling kuat yang pernah Liverpool miliki sejak sekian lama.”

1990 merupakan tahun terakhir Liverpool mengangkat trofi juara liga. History Channel

Souness menolak dakwaan Liverpool akan mendominasi saingan Liga Perdana Inggeris untuk sedekad yang akan datang memandangkan purata umur skuad sekarang yang agak rendah.

“Tiada siapa yang akan mendominasi liga selama 10 tahun. Manchester City tidak akan mendominasi liga selama 10 tahun. Mereka mungkin akan memenangi pelbagai piala tetapi mereka tidak akan memenangi liga atau Liga Juara-Juara Eropah setiap tahun.”

“Buat masa sekarang, Liverpool dan Manchester City merupakan pasukan yang paling menonjol dan pilihan utama untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.”

Souness juga meramalkan Chelsea dan Manchester United akan berbelanja besar untuk menjadi pencabar dan itulah dilakukan oleh kedua-dua kelab ini namun masih lagi diperingkat awal untuk kembali bersaing.

“Tetapi anda tidak boleh lupakan Chelsea dan Manchester United. Mereka mungkin akan mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan pemain hebat supaya dapat kembali bersaing.”

Sebagai bekas pemain dan pengurus Liverpool mungkin Souness dapat merasakan aura yang sama ketika kali terakhir Liverpool menjadi juara.

BACA:  UEFA Champions League 2020/21: Ajax 0-1 Liverpool