Southgate Bangga, Harry Kane Puas Hati England Main Lebih Cantik Dari Jerman

Kapten England, Harry Kane tidak mahu memikirkan soal negatif daripada perlawanan ini. Begitu juga dengan pengurus kesayangan peminat England yang membawa negara itu ke final Euro 2020, Gareth Southgate,

Walaupun England menerima kritikan pedas terutama sekali pemain pertahanan Harry Maguire dan Nick Pope kerana kesilapan mereka yang membenarkan 3 gol Jerman dalam perlawanan itu, namun Kane dan Southgate menegaskan bahawa mereka benar benar puas melihat aksi England secara keseluruhannya lebih baik daripada Jerman.

Tidak mahu memikirkan perkara yang negatif sahaja, Kane dan Southgate menilai kehidupan dari sudut berbeza. Tak memadai hanya kecapi rasa selesa…

Bercakap selepas perlawanan, Southgate memberitahu Channel 4, Southgate diminta komen sikit tentang kedunguan Maguire yang menyebabkan 2 gol Jerman terhasil.

Pengurus itu berkata: “Sukar untuk memberikan komen berdasarkan pemerhatian dari pandangan tepi padang, ia adalah masalah ketika penguasaan bola.”

Southgate dengan segera menukar perbincangan ilmiah kepada sudut lebih kolektif. Di mana dia berkata, kita harus menilai pasukan England berdasarkan prestasi mereka yang jauh lebih baik selepas ditekan oleh kiri dan kanan oleh ramai pihak.

Pagar Selatan itu berkata: “Tetapi cuba lihat pemain pemain ini sebagai satu kumpulan. Dan telah benar-benar bersama sama sebagai satu kumpulan minggu ini.”

“Ia adalah tempoh yang sukar untuk pasukan tetapi mereka telah berkembang.”

Berbeza dengan perlawanan sebelum ini Southgate menyatakan bahawa mereka tak belajar apa apa. Tetapi kali ini mereka banyak belajar daripada perlawanan ini.

Beliau menambah: “Sampai satu tahap kami akan sentiasa menghadapi tekanan jadi kami perlu terdedah kepada tekanan. Kami bermain perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast pada bulan Mac dan mereka bermain 10 pemain, dan [ketika itu] kami tidak belajar apa-apa.”

“Minggu ini kami telah belajar banyak perkara. Mereka harus mengorak langkah ke hadapan dan bersatu – ia akan memberi manfaat kepada kami dalam jangka masa panjang.”

Mengenai kesilapan Nick Pope untuk gol ketiga, dia menambah: “Ia adalah satu kesilapan dan sudah tentu dia akan ‘down’ [sedih].”

“Tetapi pasukan perlu bersatu dan kami telah melakukannya sepanjang minggu.”

“Malam ini, pada akhirnya, beberapa kesilapan telah menyebabkan kami melepaskan gol kepada lawan. Tetapi saya akan memberi tumpuan kepada hakikatnya bahawa mereka bermain dengan semangat yang luar biasa dan menunjukkan kepercayaan yang tidak kami tunjukkan dalam beberapa perlawanan terakhir.”

“Saya fikir orang ramai melihat itu dan bangkit untuk itu.”

Ketua pasukan 3 Singa, Harry Kane gembira melihat pasukannya kembali bermain seperti yang selayaknya, sambil menambah: “Ia jauh lebih baik. Saya fikir kami bermain dengan sangat baik hari ini, kami agak malang ketinggalan 2-0 di belakang, ia adalah satu kesilapan dan kemudian gol hebat dari tepi kotak.”

“Kami melakukannya dengan sangat baik untuk kekal dalam permainan, untuk kembali ke dalamnya, mendahului dan malangnya satu lagi kesilapan kami dihukum. Mentaliti dan perjuangan pasukan ditunjukkan di luar sana hari ini. ”

“Kami tidak mendapat kemenangan tetapi kami boleh berbangga dengan apa yang kami lakukan dan ia meletakkan kami di tempat yang baik menjelang Piala Dunia.”

“Memang bagus untuk menjaringkan gol. Nampaknya sentiasa ada beberapa penalti tekanan di sini di Wembley tetapi ia menyeronokkan untuk melihat yang satu masuk dan agak memalukan kami tidak dapat menang tetapi kami terus mengorak langkah.”

“Saya berbangga dengan pemain pemain kami dan kini kami mempunyai masa yang sibuk enam minggu atau lebih sebelum kami bersedia untuk Piala Dunia.”

Baca Juga

Baca Juga