Southgate Menegaskan Pemain Man Utd Kecuali Maguire Perlu Berusaha Keras Untuk Ke Piala Dunia

Pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate mendedahkan yang para pemain dari skuad Manchester United perlu banyak perbaiki persembahan mereka andai mahu bersama skuad Piala Dunia The Three Liones.

Southgate percaya pemain-pemain dari skuad Man Utd tidak mempunyai kualiti untuk beraksi di pentas Piala Dunia dan mereka perlu perbaiki hal itu andai mahu turut serta ke Qatar.

Pemain Manchester United seperti Marcus Rashford dan Jadon Sancho sepertinya perlu berusaha lebih keras andai mereka mahu disenaraikan dalam senarai skuad Piala Dunia England.

Kedua-dua Sancho dan Rashford terpaksa akur dipinggirkan dari skuad England sejak penghujung musim lalu dan dengan baki tiga perlawanan sahaja menjelang sepak mula Piala Dunia 2022, maka mereka jelas sekali tidak mempunyai waktu yang cukup untuk buktikan sesuatu.

Dua dari tiga perlawanan itu akan dilangsungkan pada September nanti yang mana Gareth Southgate hanya mempunyai satu kesempatan sahaja untuk menilai semula skuadnya pada musim baru nanti sebelum sepak mula pertama pertandingan Piala Dunia musim sejuk.

Ketika ditanya sama ada kekurangan Man Utd kerana tidak beraksi di pentas saingan Champions League musim ini akan beri rehat yang cukup kepada kebanyakan pemain England, Southgate menjawab:

“Mereka sebenarnya perlu melakukan lebih banyak kerja untuk masuk ke dalam skuad. Kita cuma ada seorang (Harry Maguire) bersama kami! Jadi, lihat saya rasa semakin ringan beban, sudah tentu semakin tipis risiko kecederaan dan semoga saja para pemain lebih bagus tapi kita sendiri pun tak tahu.”

“Segelintir pemain berada di tahap terbaik ketika mereka dalam rentak bermain dan kamu bercakap kepada segelintir pemain sekarang dan tentu saja mereka mahu bermain semua perlawanan kerana begitulah mereka rasa cara terbaik untuk mereka dapatkan tahap persembahan terbaik.”

“Ada yang lain perlukan rehat, mereka perlu rehat panjang untuk recovery selepas satu perlawanan sebelum mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka.”

Selain dari nasihat berguna Gareth Southgate untuk anak-anak buahnya itu, Marcus Rashford kini dilihat sedang berusaha untuk kembali bangkit dan merebut tempatnya sebagai penyerang utama England.

Pemain kebangsaan England itu dikatakan sedang dalam usahanya untuk kembali bangkit dan melupakan musim teruk yang beliau lalui pada musim lalu.

Beliau dikatakan bakal mendapatkan yang terbaik dari dirinya sendiri ketika beraksi di bawah kendalian Erik Ten Hag nanti.

Menurut sumber laporan Sami Mokbel dari Daily Mail, Marcus Rashford sangat berharap agar Erik Ten Hag akan mampu membantu beliau untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya di Old Trafford.

England sendiri pada ketika ini memiliki ramai pemain sayap yang hebat dan berbakat seperti Bukayo Saka (Arsenal) dan Raheem Sterling (Manchester City).

Kedua-dua mereka dijangka bakal menjadi calon kegemaran untuk menjadi pemain utama England di pentas Piala Dunia nanti.

Pemain Manchester United selain Harry Maguire sepertinya agak sukar untuk merebut tempat mereka dalam skuad utama England nanti dan hal itu turut telah diakui oleh Southgate.

Luke Shaw yang sebelum ini pernah dianggap sebagai jelmaan semula Roberto Carlos ketika aksi Euro 2020 kembali menjadi si dungu di Old Trafford dan turut berpotensi digugurkan dari skuad Piala Dunia England.

Ditambah pula masalah kecederaan yang beliau hadapi, sepertinya sukar untuk Shaw buktikan sesuatu dalam tempoh yang singkat.

Kali terakhir beliau beraksi dalam perlawanan kompetetif adalah ketika beraksi bertemu Leicester City pada April lalu dan selepas dari itu beliau sekadar menghabiskan masanya di bilik rawatan.

Shawberto Carlos hanya mampu menikmati satu musim sahaja yang sempurna dan pada musim lalu, beliau kembali mengharungi kempen yang mendukacitakan.

Tambahan pula Southgate memiliki pemain seperti James Justin dan Kieran Trippier di posisi tersebut, maka jelas sekali Shaw sangat berpotensi untuk digugurkan.

Melainkan beliau mampu untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya pada permulaan musim baharu nanti, maka akan ada kemungkinan untuk melihat beliau dipanggil sertai skuad England.

Jadi, walau United dan Arsenal tidak beraksi dalam saingan Champions League, ia bukan satu kelebihan untuk skuad England kerana tidak ramai pemain mereka yang beraksi bersama kedua-dua kelab gergasi Premier League itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Tiga Daripada Empat Pemain Paling 'Rosak' Masih Ada Di Man Utd"- Mourinho