Southgate Nasihatkan Maguire Tinggalkan MU Atau Terlepas Peluang Wakili England

Harry Maguire sentiasa menjadi antara nama terawal disenaraikan di dalam skuad kebangsaan England di era Southgate.

Tidak dinafikan selama ini pemain pertahanan itu adalah watak penting ketika membantu England di kejohanan Piala Dunia yang lalu dan juga kejohanan Eropah.

Namun demikian prestasi Maguire di peringkat kelab bersama Manchester United begitu kontra dengan apa yang ditampilkan pemain itu bersama skuad The Three Lions.

Malah peluang untuk beraksi di dalam kesebelasan utama turut berkurangan di Old Trafford tatkala Erik Ten Hag lebih gemar menggunakan khidmat Raphael Varane dan Lisandro Martinez di posisi tersebut.

Kini bekas pemain Leicester City itu adalah pemain pertahanan tengah pilihan kelima di belakang Victor Lindelof dan bek kiri, Luke Shaw yang menjadi pilihan Ten Hag berbanding Maguire.

Pemain  berusia 30 tahun itu kini hanya beraksi sebanyak tujuh kali sebagai pemain kesebelasan utama pada musim ini walaupun masih mengekalkan tempat di dalam skuad kendalian Gareth Southgate untuk perlawanan antarabangsa menentang Malta dan Macedonia Utara pada Jun nanti.

Bercakap di sidang media pada Rabu Southgate bagaimanapun mengakui situasi tersebut tidak boleh terus berpanjangan. Pengurus England itu turut mencadankan agar pemain seperti Maguire dan pemain tengah Manchester City, Kalvin Philips untuk berhijrah ke kelab lain sebagai penyelesaian atau berisiko digugurkan daripada skuad England pada masa hadapan.

“Malangnya ia buka situasi yang dibenarkan untuk berterusan,” kata Southgate ketika mengulas mengenai Maguire.

“Sama juga dengan Kalvin Phillips [di Man City], mereka adalah pemain penting untuk kami dan di dalam situasi Kalvin kami tidak mempunyai ramai pemain yang boleh beraksi sebagai pivot secara berseorangan.

Southgate turut memberi indikasi penjaga gol No.1 England, Jordan Pickford turut akan berhadapan situasi yang sukar sekiranya Everton tersingkir dari Premier League pada musim ini.

The Toffees kini terpaksa menunggu sehingga hari terakhir kempen musim ini untuk menyelamatkan diri dari jatuh ke divisyen bawahan pada musim hadapan.

BACA:  Premier League 2020/21: Brighton & Hove Albion 2-3 Manchester United