Southgate Sedar Diri, England Bukanlah Pasukan Yang Mempunyai Sejarah Gemilang

Dalam sejarah bola sepak England, tidak banyak kejayaan yang dilakarkan oleh pasukan ini. Mereka hanya mempunyai 1 final dalam pertandingan major iaitu ketika menjulang Piala Dunia 1966.

Selepas itu mereka banyak terkandas di peringkat kumpulan dan suku akhir. Bagaimanapun populariti Liga Perdana Inggeris (EPL) membuatkan pasukan ini sering mendapat tumpuan dipentas besar.

Sejak England mengangkat Gareth Southgate sebagai pengurus pasukan utama, England telah menunjukkan peningkat yang hebat apabila mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018.

Southgate mengotakan janjinya untuk membawa England ke separuh akhir EURO 2020, malah pengendali ini mara ke final dan akan bertemu Itali -pasukan yang berpengalaman bermain di final sebanyak 9 kali (Piala Dunia/Eropah).

Disebabkan Southgate sedar ini hanyalah final ke-2 dalam sejarah bola sepak negaranya, dengan rasa rendah diri pengurus itu mengakui hakikat tersebut dan tidak mahu para pemainnya lupa tentang sejarah tersebut.

“Saya baru sahaja memberitahu Bukayo Saka dan Jude Bellingham, perkara ini bukanlah sesuatu perkara biasa yang sering berlaku!” kata Southgate kepada dua bintang mudanya.” -Southgate

Southgate terkenal dengan kepakarannya menggunakan pemain muda (seperti Luis Enrique), telah memacu England dengan bergaya. England tidak bolos sehingga peringkat separuh akhir dimana ia merupakan rekod baru dalam dunia bola sepak moden.

Southgate berjaya memperbaiki isu ketumpulan dibahagian depan pada masa yang tepat dan barisan pertahanannya kekal ampuh.

“Saya sangat berbangga dengan para pemain kami. Ia adalah satu detik yang luar biasa untuk menjadi sebahagian daripadanya, para peminat sangat menakjubkan pada malam ini.

“Ia bukanlah satu perlawanan yang mudah. Tetapi kami sudahpun memberitahu para pemain yang mereka perlu menunjukkan ketahanan dan bangkit dari beberapa kekecewaan, dan kami berjaya melakukannya pada malam ini.” -Southgate

Untuk rekod kejayaan terbesar England di EURO hanya berlaku pada tahun 1968 dan 1996. Tahun 1968 bola sepak sangat berbeza dengan apa yang ada sekarang.

England hanya mempunyai kenangan manis pada tahun 1996 dan detik itulah yang sering diulang-ulang dalam medianya. Pada hari ini England masih mengambil semangat dari tahun tersebut.

‘Kejayaan’ EURO 1996 dan EURO 2020 mempunyai subjek yang sama iaitu Southgate itu sendiri. Pada edisi 1996 Southgate gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir dan memberi laluan kepada Jerman mara ke final.

Jerman muncul juara selepas menewaskan Republik Czech yang sebelumnya mengejutkan Perancis di separuh akhir.

10 tahun selepas itu Southgate bersara dari bermain bola sepak dan mula berkecimpung dengan bidang kejurulatihan. Selepas 3 tahun bersama Middlesbrough, kisah Saouthgate bersama England bermula.

Bekas pemain petahanan ini mula mengedalikan pasukan junior England. Selepas 3 tahun Southgate diangkat ke skuad senior. Southgate akhirnya membina pasukan seperti yang ada sekarang.

Pasukan muda yang penuh cita-cita dan memadam ‘kejayaan’ EURO 1996 disamping menjadi 4 pasukan terbaik dunia pada tahun 2018 menyamai apa yang dilakukan England pada tahun 1990.

“Apabila anda perlu menunggu sangat lama -untuk melepasi peringkat separuh akhir (sambil) melihat kepada pengalaman yang terhad dimiliki oleh beberapa pemain yang kami ada, mereka telah melakukan tugas mereka dengan sangat hebat.”

“Perkara paling menggembirakan adalah kami berjaya memberikan para peminat dan negara kami satu malam yang luar biasa, dan perjuangan kami akan diteruskan semula selepas empat hari.”

“Untuk pasukan yang pernah melalui malam seperti ini, di mana kami mengalami kesukaran dan kekecewaan di Moscow menentang Croatia 2018, kami nampaknya telah berjaya mengatasinya.”

“Kami telah berjaya layak ke perlawanan akhir, kami perlu berasa gembira dengan kejayaan itu, tetapi terdapat satu lagi halangan yang sukar yang perlu kita cuba untuk lepasi.” -Southgate

England bakal menghadapi cabaran sukar apabila bertemu Itali, sebuah pasukan yang mempunyai tradisi dan kejayaan panjang dalam pentas tertinggi bola sepak dunia dan eropah.

Itali telah tampil di final sebanyak 9 kali dan 5 darinya bergelar juara sementara final kali ini baru kali ke-2 untuk England. Southgate akan mempertaruhkan barisan muda untuk menghadapi pemain berpengalaman dari Itali.

Walau bagaimanapun Itali baru sahaja bangkit dari kegagalan layak ke Piala Dunia 2018, dimana edisi Southgate merekod kegemilangan apabila menjadi pasukan semi-finalis.

Atas faktor tersebut kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk menjadi juara EURO 2020.

“Itali adalah pasukan yang sangat hebat, mereka telah menunjukkan prestasi yang sangat mengagumkan, mempunyai kehebatan luar biasa di bahagian pertahanan, ia akan menjadi satu perlawanan yang hebat untuk dilalui.” -Southgate

Laluan England ke final

  • England 1-0 Croatia
  • England 0-0 Scotland
  • England 1-0 Republik Czech
  • England 2-0 Jerman
  • England 4-0 Ukraine
  • England 2-1 Denmark

Laluan Itali ke final

  • Itali 3-0 Turki
  • Itali 3-0 Switzerland
  • Itali 1-0 Wales
  • Itali 2-1 Austria
  • Itali 2-1 Belgium
  • Itali 1-1 Sepanyol (penalti 4-2)
BACA:  Gareth Southgate Akan Namakan 55 Pemain Untuk Senarai Awal Piala Dunia