Spasojevic Tak Sabar Menjadi Warganegara Indonesia

Penyerang Melaka United, Ilija Spasojevic, masih menunggu untuk menjadi warganegara Indonesia secara rasmi melalui satu status yang dimuat naik di laman Twitternya.

Sudah menjadi rahsia umum bahawa isteri Spasojevic merupakan seorang warga Indonesia dan anak keduanya yang lahir pada bulan Februari lalu, Irina Spasojevic, telah mendapat passport Indonesia.

“Irina aja udah dapat passport, aku kapan ya?!” kata penyerang yang mendapat jolokan Spasogoal itu. Sungguh pintar sekali dia berbahasa Indonesia ya. Kamu baca ayat ini pun dalam nada bahasa Indonesia kan? Nyaman.

Spaso sebenarnya telah memenuhi syarat untuk menjadi warga Indonesia kerana dia telah tinggal di negara kepulauan tersebut sejak 2011 sehingga 2016, dan jika Spaso mendapat passport Indonesia dalam masa terdekat, dia pasti akan menjadi pilihan untuk membarisi timnas Indonesia.

Bersama Melaka setakat ini, Spaso, yang berasal dari Montenegro, telah menjaringkan 23 gol sepanjang kempen Liga Perdana musim lepas, namun pada musim ini peluang untuknya menjaringkan gol agak terhad di mana dia hanya merekodkan 1 gol sahaja dalam 8 perlawanan liga buat Melaka.

Liga Super susah atau masih tak serasi dengan pemain lain?

Baca Juga

Baca Juga