Stan Collymore Akhirnya Mengerti Makna Pukki Yang Sebenar Di Malaysia

Teemu Pukki berjaya menjaringkan 5 gol sepanjang Ogos. Bulan pertama Norwich beraksi di EPL, daripada Liga Championship musim lalu dan kehebatan Pukki terserlah dengan impak yang beliau berikan dalam setiap perlawanan.

Pukki kalau diikutkan sifatnya pada makna yang sentiasa dirobek namun Pukki yang bermain bola sepak ini mampu merobek gawang pasukan handalan Premier League iaitu Chelsea dan Liverpool, yang merupakan 2 pasukan big 6.

Kecemerlangan bintang Norwich, Teemu Pukki membolehkan beliau berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA untuk bulan Ogos dan kemenangan Pukki ini adalah hasil undian daripada para penyokong yang teruja melihat persembahan beliau setakat ini.

Kejayaan Pukki itu telah diumumkan secara rasmi oleh PFA.

Ketika berhadapan dengan Newcastle, Teemu Pukki berjaya mencatat hatrik EPL pertama beliau, dalam sejarah kariernya. Pukki merupakan pemenang anugerah penjaring terbanyak Liga Championship musim lalu, dan juga Anugerah Pemain Terbaik EFL Championship.

Beliau merupakan nadi utama Norwich dalam kejayaan mereka pulang semula ke Liga Perdana Inggeris musim ini dan Pukki menjadi pemain kedua terbanyak menjaringkan gol di Premier League setakat ini.

Nama Pukki mulai meniti bibir peminat EPL, selepas aksi cemerlang beliau. Pukki antara nama yang mulai berada di dalam pasukan fantasi para pengurus FPL.

Pukki menewaskan 2 pemain Manchester City, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling, serta Tyrone Mings, Ashley Barnes, dan pemain muda Chelsea – Mason Mount.

Rata-rata peminat EPL bersetuju dengan pemilihan Pukki pada kali ini.

Walaubagaimanapun, di sebalik kehebatan aksi Pukki, pasukan beliau masih bergelut dengan prestasi. Norwich kini berada di tangga ke-19, selepas menang sekali dan tewas 3 kali.

Kini nama Pukki menjadi hangat di media antarabangsa selepas orang luar sudah mula mengetahui makna sebenar nama Pukki di telinga rakyat Malaysia yang membawa kepada makna yang tidak baik.

Ini kerana gara-gara Stan Collymore bekas pemain Liverpool yang kini berkhidmat di saluran sukan, Stadium Astro yang membertitahu kepada dunia makna nama Pukki di mata orang Malaysia.

“Ketika aku di Kuala Lumpur untuk mesyuarat bersama pasukan produksi. ‘Stan, kau tahu mengenai situasi Pukki di Malaysia?”

“Tak, Apa dia?”

“Err, Pukki tiap-tiap minggu menjadi trend di Malaysia…”

“Kenapa!!”

“Pukki bermaksud c*** dalam slang Malaysia.”

Lantaran itu media antarabangsa mula mengetahui makna Pukki yang sebenar.

Baca Juga

Baca Juga