Statistik Malaysia, ke-3 terbaik di Asean dan ke-16 Terbaik Di Asia Dalam Sejarah Sukan Asia

Malaysia menutup cabaran di Sukan Asia apabila tewas kepada Jepun 0-1 di Pusingan ke-2 semalam. Walaupun Jepun hanya membawa skuad projek untuk Sukan Olimpik, Jepun lebih tersusun berbanding Malaysia. Gol pada minit ke-90 melalui sepakan penalti membawa skuad muda dari matahari terbit ini ke Suku Akhir.

Selepas perlawanan semalam apa catatan yang dikumpul oleh Malaysia sepanjang sejarah Sukan Asia sejak ia mula dicadangkan menggunakan pemain b23 tahun pada 1994.

Sukan Asia bukanlah satu kejohanan yang melibatkan kesemua 47 negara yang berada di Kofederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan ini tidak melibatkan sesi kelayakan. Ia hanya mengambil pasukan yang layak secara kedudukan semasa dan kemahuan pasukan tersebut menyertai ataupun tidak.

7 dari 11 negara dibawah naungan AFF mengambil bahagian, 6/10 negara dari AEFF, 3/7 negara dari SAFF, 3/6 negara dari CAFA dan 6/12 dari WAFF.

Negara yang mempunyai sejarah yang hebat dalam Asia seperti Kuwait tidak mengambil bahagian, rival terbesar Malaysia Singapura juga sama.

Pertandingan Bola Sepak di Sukan Asia sudah memasuki edisi yang ke-8 dalam peraturan pemain b23. Malaysia mengambil bahagian 6 kali dari 8 edisi tersebut. Malaysia tidak terlibat di Sukan Asia Thailand 1998. Daripada 7 edisi yang disertai Malaysia berjaya mengumpul 21 perlawanan dan mencatat 6 kemenangan.

Di Jepun 1994 Malaysia mencatat 1 menang dari 4 perlawanan yang diraih diikuti 1 menang/3 perlawanan di Korea Selatan 2002, semua tewas dalam 3 perlawanan di Qatar 2006, 1 menang di China 2010 dari 4 perlawanan dan seterusnya 1 menang dari 3 perlawanan di Korea Utara pada 2014.

Ini menjadikan Sukan Asia pada kali adalah catatan yang terbaik yang pernah dilakukan oleh Malaysia. Menang 2 kali dari 4 perlawanan. Ia mengulangi pencapaian di China 2010 iaitu mara ke pusingan ke-2.

Thailand adalah pasukan paling berjaya di rantau Asean dengan kejayaan 2 kali mennjadi pasukan suku akhir dan 3 kali mara ke separuh akhir. Walaubagaipun pasukan ini tewas kesemua 3 perlawanan separuh akhir mereka.

Sementara itu Vietnam sedang mencatat sejarah bola sepak negaranya. Pasukan ini untuk kali pertama berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Secara keseluruhannya Malaysia adalah pasukan ke-3 terbaik di rantau Asean dalam kejohanan Sukan Asia.

Mengambil 3 negara terbaik di rantau Asean dalam perbandingan dengan 10 negara EAFF, Malaysia dan Vietnam kekal dibelakang Hong Kong. Hanya Thailand lebih baik berbanding Hong Kong tetapi masih jauh dibelakang 4 negara terbaik di Blok Timur Asia iaitu Korea Selatan, Jepun, China dan Korea Utara.

Meletakan statistik Malaysia bersama 12 negara WAFF, Malaysia mempunyai pencapaian lebih baik berbanding Palestin, Jordan, Syria, Lubnan dan Yeman.

UAE, Arab Saudi dan Syria masih berada dalam pertandingan. Syria boleh menyamai statistik malaysia jika mencatat 1 lagi kemenangan. WAFF mempunyai sekurang-kurangnya 6 negara kuat bola sepak tetapi agak tidak konsisten menyertai kejohanan bola sepak di sukan asia.

Jurang kekuatan 6 pasukan di bawah CAFA agak besar. Iran dan Uzbeistan tidak mampu disaingi oleh mana-mana pasukan lain. Malaysia menjadi pasukan ke-3 terbaik dalam kumpulan pasukan ini tetapi tetap jauh dibelakang Iran dan Uzbekistan. Pada masa ini Kazakhstan tidak terlibat dengan AFC kerana telah menyertai UeFA. Dalam kejohanan Sukan Asia mereka tidak menghantar pasukan bola sepak.

SAFF bukanlah kumpulan negara bola sepak yang baik untuk membuat perbandingan. Melihat kepada ratio kemenangan India lebih baik dari Malaysia. Tetapi jumlah kemenangan, komitmen menghantar pasukan bola sepak ke Sukan Asia Malaysia lebih bagus.

Dalam kejohanan anjuran AFC ataupun FIFA India mungkin pasukan yang setara dengan Malaysia. Bangladesh, Pakistan, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka adalah pasukan paling lemah di Asia mahupun Dunia. Semua pasukan ini berada di SAFF. Kecuali Maldives yang mempunyai Liga domestik yang sedikit baik berbanding yang lain.

Merujuk kepada 47 negara yang dibahagikan mengikut 5 federasi maka boleh dirumuskan Malaysia menutup kempen Sukan Asia dengan menjadi pasukan ke-3 terbaik di Asia Tenggara dan ke-16 terbaik di Asia bersama Bahrain.

Pada rutinnya Malaysia bukanlah negara yang kerap ke peringkat 16 terbaik. Ia cuma berlaku 2 kali sejak 1994. Di China pada 2010 dan Indonesia 2018.

Pencapaian di Indonesia adalah yang terbaik dalam tempoh tersebut kerana mampu mencatat 2 kemenangan berbanding hanya 1 di China.

Pencapaian terbaik ini dikaburi dengan dosa paling besar berlaku sepanjang kejohanan iaitu kenyataan FAM yang mula membuat kenyataan sasaran pingat ketika Malaysia sedang memburu rekod pertama ke Suku Akhir yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

Baca Juga

Baca Juga