Statistik Menakjubkan Manchester City Disebalik 15 Kemenangan Berturut-Turut

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah melabelkan The Citizen sebagai ‘animals’ atau ‘binatang’ selepas anak buahnya berjaya memecahkan rekod dengan mencatat 15 kemenangan berturut-turut di Premier League.

Pendahulu Premier League itu secara keseluruhannya hanya pernah ketinggalan selama 70 minit sahaja sejak mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Everton pada perlawanan kedua liga. Hanya 4 pasukan yang berjaya mendahului City itu pun hanya untuk beberapa minit:

Everton – 47 minit
Bournemouth – 8 minit
Huddersfield – 2 minit
West Ham United – 13 minit

Selepas seri menentang Everton, City menang 15 perlawanana berturut-turut.

Manchester City sangat menakjubkan musim ini dan kini telah menjaringkan 52 gol dari pelbagai sudut selepas 17 perlawanan. Sergio Aguero merupakan penjaring terbanyak City setakat ini dengan 10 gol.

Walaupun sering digilirkan dengan Gabriel Jesus, Aguero masih berbisa. Peningkatan paling ketara musim ini adalah Raheem Sterling yang menjaringkan 9 gol. Gabriel Jesus menjaringkan 8 gol dan Leroy Sane 6 gol.

Kemenangan berturut-turut yang dipegang Arsenal telah dipecahkan City.

Tiga pemain City berada dalam 10 penjaring terbanyak Premier League di mana David Silva dan Kevin De Bruyne merapati rapat para penyerang City dalam menjaringkan gol.

Kevin De Bruyne dan David Silva juga merupakan pemain paling banyak membuat bantual gol Premier League dengan masing-masing mencatat 8 bantuan gol. Silva dan De Bruyne juga telah mencetak sejumlah 8 gol.

Senarai penjaring dan bantuan gol City

Manchester City selama ini dibayangi oleh jiran mereka, Manchester United, pada musim ini statistik menunjukkan bahawa mereka telah merekodkan mata musim ini setakat 17 perlawanan lebih banyak dari seluruh musim mereka lalui pada 1995-96, 2000-01, 2003-04, 2005-06 dan 2006-07.

Sebanyak 13 gol Manchester City hadir pada 15 minit terakhir perlawanan dan Raheem Sterling merupakan pemain yang paling banyak terlibat dalam menghasilkan gol. Sterling telah menjaringkan gol minit akhir ketika menentang Bournemouth, Huddersfield dan Southampton.

Jaringan gol yang dijaringkan setiap 15 minit.

Guardiola telah diberikan dana yang besar untuk memperkasakan pasukan dan kesebelasan utama City di Premier League telah mencecah £395 juta. Kini hasilnya sudah nampak dan dengan prestasi sekarang City tidak akan jatuh dalam masa terdekat.

Dalam lima liga teratas Eropah, Bayern Munich merupakan pasukan paling banyak mencatatkan kemenangan berturut-turut dengan 19 kemenangan di Bundeliga. Adakah Manchester akan berjaya memecahkan rekod yang dilakukan Bayern Munich?

Bayern paling banyak mencatatkan kemenangan berturut-turut dalam 5 liga teratas Eropah.

Baca Juga

Baca Juga