Statistik Penampilan Ke-100 Neymar Di La Liga

Tanggal 23 Oktober 2016 menyaksikan Neymar telah membuat penampilan ke-100 di La Liga bersama Barcelona ketika aksi Barcelona menewaskan Valencia 3-2 di Mestalla.

Neymar yang tiba dari Santos pada musim panas 2013 dan membuat penampilan pertama bersama The Catalans pada Ogos 2013 ketika menentang Levante. Neymar telah menjaringkan 59 goal dan 30 bantuan gol untuk 100 perlawanan pertamanya di La Liga.

Ketika ketibaan Neymar di Barcelona pada usia 21 tahun, ada yang mengatakan akan wujud situasi “Dua orang Kapten dalam satu kapal” kerana kewujudan Messi di Barca. Pada musim pertama 2013/14, Neymar mencatatkan jaringan yang paling rendah dalam tempoh lima tahun. Neymar kembali menemui sentuhan selepas kehadiran Suarez pada musim berikutnya.

Gandingan tiga serangkai “M.S.N’ ini sahaja telah menjaringkan 137 gol pada 2015 di mana Barcelona telah memecahkan rekod Sepanyol sebagai pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dalam setahun dengan 180 gol. Daripada 180 gol itu Neymar menjaringkan 41 gol.

Statistik Penampilan Ke-100 Neymar Di La Liga Bersama Barcelona

Statistik Neymar sepanjang beraksi bersama Barcelona dipetik dari Stadium Astro.

100 – Neymar telah menyempurnakan 100 perlawanan liga dalam tempoh 38 bulan.

86 – Jumlah jaringan gol daripada Rivaldo, penjaring terbanyak Barca dari Brazil, dalam La Liga. Evaristo menduduki tangga kedua dengan 78, di depan Ronaldinho (70) dan Neymar (59).

59 – Jumlah gol dijaringkan oleh Neymar dalam La Liga. Messi hanya berjaya meledak 48 gol dalam 100 penampilan La Liga manakala Ronaldo menjaringkan 111 gol.

30 – Bilangan bantuan jaringan Neymar menyamai Ronaldo tetapi melepasi Messi (26).

24 – Bilangan gol dijaringkan satu musim (2015-16). Dia hanya menjaringkan empat gol setakat ini.

20 – Dua per tiga bantuan jaringannya adalah untuk Messi (12) dan Luis Suarez (8).

8 – Bilangan gol daripada sepakan penalti dalam 10 percubaan.

6 – Jumlah gol dijaringkan oleh Neymar ke atas satu pasukan La Liga: Rayo Vallecano dan Villarreal. Dia telah menjaringkan tiga gol ke atas Real Madrid dan dua ke atas Atletico Madrid.

Penampilan ke-100 Neymar Berbanding Pemain Era Moden Yang Hebat Di La Liga

Jika di bandingkan penampilan ke-100 Neymar dengan pemain yang lain, impak yang di bawa oleh Neymar di Nou Camp agak mengujakan

Messi

Messi telah menjaringkan 48 gol bagi penampilan ke-100 sebelum terus mara untuk rakyat Catalan dengan memecahkan pelbagai rekod yang ada di Sepanyol termasuklah sebagai penjaring terbanyak La Liga sepanjang zaman.

David Villa

Bekas penyerang Barcelona ini menyinar bersama Sporting Gijon pada 2001 dan menjaringkan 18 gol pada musim pertama bersama skuad senior. Villa mencatatkan 48 gol untuk penampilan ke-100 pertamanya di La Liga.

Samuel Eto’o

Eto’o menjaringkan 35 gol dalam 100 perlawanan pertamanya

Karim Benzema

Benzema menjaringkan 45 gol dalam 100 perlawanan pertamanya bersama Real Madrid selepas berhijrah dari Lyon pada 2009.

Raul Gonzales

Pemain lagenda Real Madrid ini menghasilkan 44 gol untuk 100 perlawanan pertama

Gareth Bale

Bale setakat ini hanya terbabit dalam 88 perlawanan di La Liga dan telah menjaringkan 50 gol.

Cristiano Ronaldo

Ronaldo telah menjaringkan 111 gol dalam 100 perlawanan pertamanya di La Liga setelah tiba dari Manchester United pada 2009. Ronaldo juga merupakan pemain paling pantas menjaringkan 100 gol di La Liga.

Ronaldo Luís Nazário de Lima

Ronaldo Tembam telah menjaringkan 82 gol dalam 100 perlawanan. Jaringan itu dilakukan ketika beraksi bersama Real Madrid dan Barcelona.

Luis Suarez

Suarez di lihat mampu untuk memecahkan rekod kedua-dua Ronaldo yang tembam atau sado jika mampu meneruskan prestasi terbaiknya ketika ini. Setakat ini Suarez telah bermain 70 perlawanan dan menghasilkan 62 gol.

Baca Juga

Baca Juga