Status Aneh TSAM Disambut Penuh Keriangan Oleh Netizen

Penyelamat bola sepak Kelantan, Tan Sri Anuar Musa telah menulis status yang sedikit aneh di lama muka buku peribadinya tetapi apa yang lebih mengejutkan, menghairankan dan misteri apabila status tersebut seolah-olah disambut dengan penuh keriangan oleh netizen.

Status yang di luar kebiasaan TSAM itu begitu ringkas tanpa unsur kerosakan keypad yang selalunya menghasilkan huruf kecik besar kecik besar. Setakat berita ini ditulis, status itu mendapat 4.7 ribu sukaan(like), 682 perkongsian(share) dan 1002 komen.

Ramai yang memuji status TSAM sebagai satu tumbukan garisan atau punchline paling lawak dan padu yang pernah dihasilkan TSAM. Tidak sampai setengah jam berselang TSAM sekali lagi memuat naik status dan gamabr perlancaran jersi serta pembahagian limau mandarin.

Apa yang menyebabkan TSAM membuat status ringkas, padat yang penuh misteri? Bakpo galok sangat ni Tan Sri?

Baca Juga

Baca Juga