Villarreal tampil memuat naik status menganjing kenyataan yang menganggap La Liga sebagai ‘Farmers League’ selepas kejayaan mereka menyingkirkan Bayern Munich dari saingan Champions League awal pagi tadi.
Pada minggu ini, jelas sekali ramai pihak yang membincangkan tentang bagaimana hebatnya saingan Premier League, terutama melihatkan Liverpool dan Manchester City sebagai dua kelab terhebat dalam dunia bola sepak.
Kedua-dua pasukan bertemu pada hujung minggu lalu dengan mereka telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan.
Unai Emery masterminds huge Champions League shock as Villarreal knock out Bayern Munich https://t.co/PR3l8dqI8O #UCL
— Telegraph Football (@TeleFootball) April 12, 2022
Liverpool dan Man City terikat 2-2 dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Etihad itu, dengan peminat seluruh dunia berpuas hati menonton perlawanan tersebut.
Walau bagaimanapun, reputasi Premier League sebagai liga terhebat itu sedikit tercalar selepas Chelsea disingkirkan dari saingan Champions League di tangan Real Madrid.
The Blues juga bukanlah satu-satunya pasukan yang disingkirkan oleh kelab dari saingan La Liga, dengan Villarreal turut mengejutkan peminat seluruh dunia selepas kejayaan mereka menyingkirkan Bayern Munich.
Jelas sekali ia merupakan keputusan paling mengejutkan pada musim ini selepas calon juara disingkirkan oleh pasukan bukan pilihan, Villarreal.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, reputasi saingan La Liga sudah tidak sehebat dan tidak begitu dihormati seperti dahulu lagi.
#UCL | 1-1 ⏱ 90'+4' | ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL! ¡FINAL!
¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS! ¡EN SEMIS!
¡DIIIIIIIIOSSSSSSSSSS! ¡QUÉ GRANDES! pic.twitter.com/T3I10OWosv
— Villarreal CF (@VillarrealCF) April 12, 2022
Apa lagi selepas pemergian Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dari kelab masing-masing, La Liga jelas sekali semakin tidak dipandang.
Kerana itulah saingan liga utama bola sepak Sepanyol itu digelar sebagai ‘Famers League’ dikalangan peminat bola sepak seluruh dunia.
Team media sosial Villarreal dengan segera menyuarakan hal tersebut dengan memuat naik status menganjing selepas kejayaan mereka dan Real Madrid layak ke peringkat separuh akhir.
Welcome to 𝗨𝗘𝗙𝗔 𝗙𝗔𝗥𝗠𝗘𝗥𝗦 𝗟𝗘𝗔𝗚𝗨𝗘 🏆.#UCL pic.twitter.com/vgfymTlzn8
— Villarreal CF (@VillarrealCF) April 12, 2022
Unai Emery sememangnya terkenal dengan kehebatan beliau dalam memenangi saingan Europa League, dengan beliau sudah berjaya membawa pulang empat Piala Eropah tersebut dan lima kali beraksi di pentas perlawanan akhir.
Antara sebab mengapa Villarreal berada dalam saingan Champions League musim ini adalah kerana mereka berjaya menjulang gelaran Europa League pada musim lalu.
Villarreal pada musim lalu berjaya menewaskan Manchester United di pentas perlawanan akhir dan mereka cemerlang menewaskan wakil Premier League itu menerusi penentuan sepakan penalti.
Musim ini, Villarreal dua kali tewas di tangan setan merah di peringkat kumpulan, namun mereka masih berjaya untuk layak ke pusingan kalah mati selepas mencatatkan kemenangan bertemu Atalanta.
The Yellow Submarine turut membuat kejutan ketika aksi di pusingan 16 terbaik selepas mereka berjaya menewaskan Juventus untuk layak ke peringkat suku akhir.
Villarreal were pumped after knocking Bayern out of the Champions League 🎉
(via @VillarrealCF)pic.twitter.com/z8KpVGly32
— B/R Football (@brfootball) April 12, 2022
Di peringkat suku akhir, Villarreal sekali lagi mengejutkan peminat seluruh dunia selepas kejayaan mereka menyingkirkan pasukan gergasi Eropah, Bayern Munich.
Arnaut Danjuma berjaya meledak gol ketika aksi di El Madrigal minggu lalu dan gol itu jelas sekali memberi kelebihan kepada Villarreal untuk aksi di Allianz Arena awal pagi tadi.
Robert Lewandowski berjaya menyamakan kedudukan menerusi aggregate selepas beliau meledak gol pada aksi babak kedua dalam perlawanan pada hari ini.
Namun beberapa minit selepas itu, Samuel Chukwueze berjaya memadam gol penyamaan tersebut untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Villarreal.
Nothing happens by accident in football.
▪️ Unai Emery turns down enormous proposal from Newcastle.
▪️ Top signings like Danjuma make the difference.
▪️ Smart signings like Capoue (€2m!) & Lo Celso.
▪️ Pau Torres refuses Tottenham for his UCL dream.Congrats, #Villarreal 🟡🎩 pic.twitter.com/ANYqMIBHmO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 12, 2022
Villarreal selepas ini akan turun bertemu antara Liverpool atau Benfica dan tentunya mereka mahu buktikan yang pasukan dari ‘Farmers League’ boleh lakukan sesuatu.
Dengan La Liga sudah ada dua wakil di peringkat separuh akhir, jelas sekali akan sangat menarik andai Atletico Madrid menjadi pasukan ketiga dari Sepanyol yang akan berada di kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Champions League.
Sumber: SPORTbible