Sterling Cuma Memerlukan Satu Lagi Jersi Untuk Lengkapkan Koleksinya

Raheem Sterling mendedahkan bahawa beliau hanya memerlukan jersi kepunyaan Lionel Messi untuk melengkapkan koleksi jersi peribadinya.

Pemain Manchester City itu pernah turun berakai bertemu pemenang enam  Ballon d’Or, Lionel Messi dalam saingan Liga Juara-juara sebelum ini.

Namun sehingga kini beliau masih gagal untuk mendapatkan jersi dari pemain Argentina itu untuk koleksi peribadinya.

Dengan umur Messi yang semakin meningkat dan mungkin akan bersara tidak lama lagi, pemain kebangsaan England itu kini sangat terdesak untuk bertukar jersi dengan bintang Barcelona itu.

“Hanya satu saja yang saya betul-betul mahukan dan ianya adalah jersi kepunyaan Lionel Messi.”

Jelas Sterling sebelum beraksi menentang pemain midfield Everton, Andre Gomes dalam perlawanan ePremier League Invitational Tournament.

Sterling sebelum ini tidak pernah meminta untuk bertukar jersi dengan pemain lawan sehingga beliau turun beraksi bertemu Neymar.

Beliau terus bercadang untuk menyimpan koleksi-koleksi jersi pemain bintang dan akan dipamerkan apabila beliau sudah bersara nanti.

“Apabila kami turun bertemu Barcelona saya dapat jersi kepunyaan Neymar. Itulah jersi pertama yang pernah saya mintak sebelum ini.”

“Apabila saya sudah bersara dari dunia bola sepak nanti, saya berharap agar nanti saya akan ada banyak koleksi jersi untuk dipilih, terutama jersi kegemaran saya, kemudian saya akan bina sebuah ruang khas untuk piala dan koleksi jersi peribadi saya.”

Kalau ada yang perasan, Messi juga antara pemain yang tidak akan meminta untuk menukar jersi dengan pemain selepas tamat perlawanan.

Tetapi beliau pernah meminta jersi seorang pemain yang turut dikagumi olehnya dan mungkin beliau mahu simpan sebagai koleksi peribadi.

Messi kebiasaannya akan bertukar jersi dengan pemain lawan yang berasal dari Argentina. Atau dia akan bertukar jersi dengan pemain yang benar-benar mahukan jersinya.

Tetapi hal itu tidak berlaku di awal kariernya, Messi pernah bertemu seorang pemain selepas tamat perlawanan semata-mata untuk mendapatkan jersi pemain itu

Pemain itu adalah Zinedine Zidane. Messi berkongsi pernah bertemu Zidane dan meminta jersinya.

“Saya bukan jenis pemain yang akan meminta untuk menukar jersi. Tapi saya pernah minta sekali, sekali saja. Saya pernah meminta untuk menukar jersi dengan Zidane.”

Jelas Messi berkongsi kegembiraan beliau bertemu Zidane.

“Saya tidak akan meminta jersi. Jika ada pemain Argentina dalam kalangan pemain lawan, saya akan bertukar jersi bersama mereka.”

“Jika tiada pemain Argentina, saya akan bertukar jersi dengan pemain yang benar-benar mahukan. Jika tiada maka saya tidak akan mencari atau meminta.”

Jadi kalau ikut situasi seperti ini, Sterling lah kena kejar Messi untuk dapatkan jersi dia bukan?

Kalau Sterling nak tunggu Messi ajak bertukar jersi maka impian dia nak ada koleksi lengkap sukar untuk menjadi kenyataan.

BACA:  Sterling Tinggalkan Skuad England Selepas Rumahnya Ceroboh Perompak Bersenjata