Sterling Mahu Montenegro Dihukum Berikutan Ejekan Perkauman Terhadap Pemain Kulit Hitam

Pemain sayap England, Raheem Sterling menggesa badan bola sepak induk Eropah, UEFA untuk menghukum Montenegro selepas beliau menjadi mangsa ejekan perkauman ketika perlawanan kelayakan EURO 2022 yang berlangsung di Podgorica City Stadium semalam.

Sterling mahu UEFA supaya mengambil tindakan terhadap Montenegro dengan mengenakan hukuman bermain tanpa penyokong untuk perlawanan selepas ini.

Sterling menganjing kembali penyokong Montenegro yang menghinanya sepanjang perlawanan apabila menjaringkan gol ke-5 England malam tadi.

Selain Sterling, pemain berkulit hitam England lain seperti Danny Rose dan Calum Hudson-Odoi turut menjadi ejekan penyokong Montenegro yang membuat bunyi seperti monyet setiap kali pemain berkulit hitam memegang bola.

England meneruskan rentetan kemenangan besar dengan membelasah Montenegro 5-1 di gelanggang lawan. Beberapa hari sebelum ini, England berpesta gol di laman sendiri apabila mudah menewaskan Republik Czech dengan menjaringkan 5 gol tanpa balas.

Walau bagaimanapun, kemenangan yang diraih skuad Three Lions awal pagi tadi dicemari dengan insiden ejekan perkauman terhadap pemain berkulit hitam England.

Danny Rose tidak terlepas dari menerima ejekan berbaur perkauman dari Montenegro. Ejekan jelas kedengaran apabila beliau dilayangkan kad kuning pada waktu kecederaan. 

Ketika ditemu ramah wartawan selepas tamat perlawanan, Sterling menggesa UEFA supaya mengambil  tindakan yang tegas terhadap Montenegro supaya dapat memberi pengajaran terhadap penyokong mereka yang kurang ajar.

“Ya, mereka wajar menerima hukuman bermain tanpa penyokong. Beri hukuman yang serius kepada Montenegro, supaya peminat mereka berfikir dua kali sebelum membuat perkara itu sekali lagi.”

“Sekarang adalah masanya untuk pihak berkuasa bertindak tegas dalam isu ini. Sudah tentu anda boleh memberi denda kepada pihak yang bersalah, tetapi adakah denda itu dapat mengubah keadaan ?”

“Anda perlu memberi hukuman yang keras. Anda perlu menghukum semua peminat supaya mereka tidak dapat hadir menonton perlawanan.”

“UEFA perlu melakukan sesuatu yang mampu membuatkan peminat berfikir dua kali sebelum melakukannya.”

Gesaan Sterling turu disokong oleh pengurus England, Gareth Southgate yang mendakwa turut mendengar ejekan perkauman terhadap pemain muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi.

Gareth Southgate berkata mereka akan melaporkan insiden ini kepada UEFA. Ko tunggu la Montenegro, ko tunggu… dasar anjirrr

“Saya mendengar ejekan ke atas Danny ketika dia menerima kad kuning pada penghujung perlawanan,” kata pengurus England, Gareth Southgate.

“Tiada keraguan ia berlaku dan kami akan membuat laporan kepada UEFA. Perkara ini tidak boleh diterima,” kata Southgate.

“Saya tahu apa yang saya dengar. Kami akan menguruskannya mengikut cara yang betul dan kami memberi sokongan padu kepada pemain.”

“Keunikan dalam bola sepak ialah dalam bilik persalinan. Kami bersatu tanpa mengira agama, warna kulit tetapi amat mengecewakan isu ini masih lagi terjadi di luar sana.”

BACA:  Kapal Terbang Lalu Di Kem Latihan England Bawa Nasihat Taktikal vs Croatia