Sterling Mahu City Dihormati dan Disanjung Ramai Seperti Liverpool

Raheem Sterling berkata Man City tidak menerima layanan yang hormat sama seperti Liverpool terima. Liverpool seolah di anak emaskan dan City dilayan seperti anak tiri.

Bekas pemain Liverpool Raheem Sterling telah mempersoalkan mengapa pemain Manchester City tidak di Anugerahkan dengan pemain PFA Player Of The Year.

Raheem Sterling percaya Manchester City tidak menerima layanan yang sama seperti apa yang pasukan Liverpool terima.

Pemain sayap itu menyertai The Reds dari Queens Park Rangers ‘Academy ketika beliau berusia 15 tahun pada Februari 2010.

Tetapi beliau telah mengambil keputusan untuk berpaling tadah dari Liverpool dengan menerima tawaran £44 juta ke Etihad pada tahun 2015 selepas beliau menolak tawaran luar biasa yang di janjikan oleh Brenda Rodgers.

Perginya dari Liverpool dengan cara begitu meninggalkan kesan luka yang mendalam terhadap para peminat Liverpool lalu menjadikan beliau sebagai bekas pemain yang paling di benci di Anfield.

Dia kini bercakap dengan media Sepanyol tentang fakta bahawa tiada pemain City memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA atau pun ballon d’Or walaupun mendakwa bahawa mereka telah memenangi pelbagai kejuaraan domestik.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata:

“Terutama pada tahun lepas di mana kami telah memenangi treble domestik termasuk kejuaraan Liga Perdana tetapi tidak seorang pun pemain City yang memenangi memenangi PFA Player of the Year.”

jenis bercakap untuk dirinya sendiri si Sterling ni rasanya.

“Anugerah ini diberikan kepada seorang pemain Liverpool yang mempunyai musim yang hebat tetapi saya melihat pada musim sebelumnya juga ketika Yaya Touré menjaringkan 20 gol dari bahagian tengah dan dia tidak memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahun itu.”

“Juga, Sergio Agüero telah berada di kelab ini selama lebih dari tujuh tahun dan telah menjaringkan begitu banyak gol pada masa ini, namun tidak ada pemain City yang memenanginya”

“Saya fikir pemain-pemain tertentu tidak diperlakukan dengan cara yang sama apabila mereka dari kelab-kelab bola sepak yang berbeza di seluruh negara dan di seluruh dunia sejak beberapa musim lalu. Tahun pertama kami memenangi liga, De Bruyne bermain dengan cukul bagus dan baik namun mereka memberikannya kepada pemain lain juga”.

“Setiap tahun kami memenangi trofi utama dan ia diberikan kepada pemain lain selain dari pemain City. Itulah perkara yang tidak menyebelahi kami, tetapi kami terus berjalan.”

Sterling tertekan memikirkan perkara ini dan menyatakan bahawa City tidak dirawat dengan baik seperti mana Liverpool dilayan.

“Ia sesuatu yang boleh dilihat oleh semua orang,”

Katanya.

“Tidak mustahil untuk memenangi liga untuk empat atau lima kali dan tidak ada pemain yang menjadi Pemain Terbaik”

“Setiap pasukan yang memenangi liga mempunyai pemain yang memenangi Pemain Terbaik, pasti.”

“Jadi, tahun ini Liverpool memenangi liga dan pemain Liverpool akan memenangi Pemain Terbaik Tahun Ini”.

“Kami memenangi liga lima kali dan kami tidak diperlakukan dengan cara yang sama.”

Begitulah luahan hati bekas pemain Liverpool ini yang mendakwa mereka tidak dilayan dengan baik sepertimana Liverpool dilayan.

Baca Juga

Baca Juga