Sterling Merupakan Salah Seorang Dari Empat Pemain Yang City Bakal Gunakan Untuk Dapatkan Kane

Raheem Sterling merupakan salah seorang dari empat pemain yang Manchester City akan gunakan untuk mendapatkan Harry Kane dari Tottenham Hotspur musim panas ini.

Manchester City dilaporkan sudah pernah menawarkan £100 juta kepada Tottenham Hotspur untuk menandatangani Kane pada bulan lalu, namun bidaan mereka telah ditolak.

The Citizens menghantar bidaan tersebut selepas penyerang kebangsaan England itu memberitahu pihak kelab tentang hasratnya untuk meninggalkan Spurs.

Perjanjian Kane bersama Spurs akan berakhir pada 2024 nanti, dan ia bermaksud City perlu mengeluarkan dana yang cukup besar untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.

Namun begitu, Pep Guardiola memutuskan untuk menawarkan empat pemain termasuk Sterling kepada Spurs dalam usaha mereka untuk melengkapkan rundingan berkait perpindahan Kane.

Man City benar-benar terdesak untuk mendapatkan Kane sebagai pengganti Aguero

Menurut L’Equipe, Sterling, Bernardo Silva, Riyad Mahrez dan Gabriel Jesus antara nama yang akan digunakan untuk mengajak Spurs membuat pertukaran pemain dengan memberikan penyerang terhebat mereka kepada City.

Media Perancis tersebut turut mendakwa yang sukar untuk City mendapatkan Kane, walaupun mereka menggunakan umpan yang besar, memandangkan pengurus baharu, Nuno Espirito Santo bersungguh untuk mengekalkan penyerangnya itu.

Ketika ditanya tentang perpindahan Kane pada awal minggu lalu, pengurus baharu Tottenham Hotspur itu memberi bayangan jelas yang Kane akan kekal dalam skuadnya pada musim hadapan.

“Saya sudah ada banyak perjumpaan, kami sudah bercakap tentang pelbagai perkara.”

Jelas Nuno Espirito Santo.

“Tapi ada satu hal yang pasti, apa saja yang telah kami bualkan sebelum ini, hanya akan disimpan untuk kami.”

“Harry Kane merupakan salah seorang pemain terhebat dunia dan dia ada bersama kami, dia pemain kami, dia pemain Tottenham Hotspur. Itu boleh membuat kami begitu berbangga.”

Kane yang dianggap sebagai salah seorang penyerang terhebat dunia ketika ini, telah benar-benar menjelaskan hasratnya untuk pergi kepada pihak kelab.

Sementara Spurs sendiri pula dengan terbuka menyatakan yang mereka tidak berhasrat untuk menjual Kane, dan seolah memaksa ketua pasukan England itu untuk kekal.

Para pemain England dikatakan percaya yang kebarang kalian untuk melihat Harry Kane tidak kembali menyertai latihan pra musim bersama Tottenham Hotspur adalah sangat tinggi.

The Telegraph melaporkan yang Kane mungkin tidak akan kembali menyertai skuad dalam usahanya untuk memaksa kelab meluluskan perpindahannya menyertai Manchester City musim panas ini.

Ketua pasukan skuad The Three Lions itu masih belum menghantar permohonan rasmi untuk meninggalkan kelab (transfer request).

Namun Kane telah memberitahu pihak kelab yang beliau sudah bersedia untuk meninggalkan kelab untuk mencari cabaran baru dan mahu memenangi Piala kejuaraan.

Selepas tersebarnya berita tersebut, kebanyakkan kelab-kelab di benua Eropah mula mengalihkan perhatian mereka pada Harry Kane.

City antara pasukan paling berminat untuk mendapatkan Harry Kane dengan mereka dilaporkan bersedia membuat tawaran bernilai £100 juta untuk penyerang terhebat dunia itu.

Walau bagaimanapun, belum sempat Manchester City menghantar bidaan secara rasmi, Daniel Levy sudah awal-awal menolak tawaran tersebut.

Pada awal musim panas ini, Levy telah memberi bayangan yang sebalik keinginan Kane untuk meninggalkan Spurs, beliau akan tetap mengutamakan kepentingan kelab dengan menyatakan:

“Apa yang kami mahu dan apa yang kelab lain mahu adalah satu hal yang tak selalunya akan tercapai. Kami akan lakukan apa saja yang terbaik untuk kelab.”

Pengurus baharu Spurs, Nuno Espirito Santo telah menjalani sesi sidang media pertama bersama kelab kemarin, dan beliau telah mendedahkan hal yang hampir sama berkait ketua pasukan England itu, dengan menyatakan:

“Langsung tak ada keraguan dalam fikiran saya. Apa yang saya harapkan adalah Harry dapat recover dengan baik dan dapat rehat yang secukupnya.”

“Ketika dia tiba nanti, dia akan rasa sendiri untuk beri komitmen supaya menjadikan diri dia lebih baik. Kami ada cita-cita tinggi, kami mahu lakukan yang terbaik dan Harry termasuk dalam perancangan itu.”

“Harry merupakan pemain kami, titik! Tidak ada keperluan untuk bercerita tentang hal lain. Sekarang adalah waktu untuk dia berehat. Ketika dia kembali, kami akan adakan rundingan yang lebih baik. Saya sedang menanti dia kembali untuk sertai skuad.”

The Telegraph sebelum ini melaporkan yang rakan sepasukan Kane dalam skuad kebangsaan England percaya yang beliau tidak akan kembali sertai latihan pra musim bersama kelab dalam usahanya untuk pergi.

Menolak untuk sertai kem latihan bakal menjadi langkah paling drastik untuk seseorang pemain professional yang sudah dianggap sebagai role model dalam dunia bola sepak.

Bekas pemain Chelsea dan penyampai talkSPORT, Tony Cascarino percaya yang Kane tidak akan pernah melakukan hal seperti itu.

Cascarino mendedahkan hal tersebut dalam bual bicara Weekend Sports Breakfast bahawa:

“Kerana dia seorang yang sangat professional, saya rasa dia akan hormati kontrak dia dan dia akan berusaha untuk beritahu apa perasaan dia.”

“Perbincangan ini bukan baru berlaku tahun ini, tapi setahun sebelum dia menandatangani lanjutan kontrak terakhir dia, yang mana saya rasa dia ketika itu menandatangani perjanjian selama enam tahun.”

“Dia pada ketika itu sudah mendedahkan yang, ‘akan tiba satu waktu nanti saya mahu pergi’, dan Daniel Levy sepatutnya tahun benda itu.”

“Saya yakin Kane sudah bincangkan hal itu terlebih dahulu. Tak ada orang yang akan terus tandatangani perjanjian selama enam tahun tanpa berunding hal seperti itu terlebih dahulu.”

“Dia tentu sudah kata, ‘Jika tiba waktunya nanti dan kita masih belum menang apa-apa, saya akan pergi, saya mahu menang sesuatu, bagi saya dua ke tiga tahun, kalau tak menang juga izinkan saya keluar.”

Sumber: SB

BACA:  Lihat Aksi Dungu Raheem Sterling Buat Backheel Tak Jadi