Kejayaan Gareth Southgate membimbing skuad England mara sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 telah meletakkan beliau sebagai hero negara tersebut.
Beliau menerima pujian daripada segenap pihak berikutan prestasi cemerlang England di Russia dimana mereka menamatkan kempen Piala Dunia 2018 di kedudukan ke-4 daripada 32 pasukan yang bertanding.
Ramai tidak menjangka skuad muda England yang terbang ke Russia bulan lalu mampu pergi jauh tetapi mereka telah membuktikan yang mereka mampu bersaing dengan pasukan ternama dunia yang lain.
Bagi menghargai jasa Southgate, keretapi transit pantas awam United Kingdom, London Underground yang menyediakan perkhidmatan di London telah menukar nama satu stesen menjadi stesen ‘Gareth Southgate’.
Tagline ‘It’s Coming Home’ menjadi kegilaan rakyat England sepanjang peringkat kalah mati dengan harapan yang tinggi diletakkan ke atas skuad England bagi membawa pulang trofi Piala Dunia ke tempat kelahiran bola sepak.
Tetapi penukaran nama stesen keretapi itu bukanlah kekal kerana ia akan ditukar selama 48 jam sahaja sebelum nama asal kembali digunakan.
Bermula pagi Isnin sehingga 48 jam yang akan datang, pengguna perkhidmatan kereta api London Underground akan mendapat peluang untuk melalui satu stesen yang ditelah ditukar nama menjadi stesen ‘Gareth Southgate’.
“Kami sangat berbesar hati untuk menunjukkan penghargaan kami kepada Gareth Southgate dan skuad England dengan menukar nama satu stesen sempena kejayaan England di Piala Dunia 2018.”
Stesen yang telah ditukar nama itu adalah stesen ‘Piccadilly Line’ yang terletak di utara London. Stesen itu akan menggunakan nama Southgate sehingga petang hari Selasa.
Next stop – Gareth Southgate! To celebrate the achievements of the @england men's football team this summer, TfL & @VisaUK have temporarily renamed Southgate station on the @piccadillyline. Why not come down and post a #SouthgateSelfie pic.twitter.com/n8tR70qitd
— Transport for London 🌹 (@TfL) July 16, 2018
England bukan yang pertama dalam memberi penghargaan kepada pasukan bola sepak melalui cara ini. Berikutan kejayaan Perancis merangkul Piala Dunia 2018, stesen keretapi metro di Paris telah direnovasi bagi menghargai kejayaan pasukan bola sepak negara tersebut.
[#MercilesBleus] La #RATP célèbre l’@equipedefrance sur son réseau. On vous dévoile 6 nouvelles stations de métro en l'honneur des Bleus #ChampionsDuMonde ! 🏆 🎁 Toutes les infos ➡ https://t.co/9TdZq7Uwmp #FiersdetreBleus pic.twitter.com/lAGJhLuBm8
— RATP Group (@RATPgroup) July 16, 2018
6 stesen telah ditukar nama buat sementara waktu dengan nama jurulatih Perancis, Didier Deschamps diletakkan di dua buah perhentian keretapi iaitu ‘Notre-Dame des Champs’ dan ‘Deschamps Elysees-Clemenceau’.
Stesen ‘Victor Hugo’ kini dikenali sebagai ‘Victor Hugo Lloris’ manakala Bercy ditukar menjadi ‘Bercy Les Blues’.
Selain itu, pemenang tempat ke-3 Belgium turut melakukan perkara yang sama dalam menghargai pasukan bola sepak kebangsaan mereka.
Kapten Belgium, Eden Hazard memainkan peranan penting sepanjang kempen Piala Dunia dan beliau pulang ke Belgium untuk melihat sebuah stesen keretapi yang dulunya dikenali sebagai ‘Arts-Loi’ kini dikenali sebagai ‘Hazarts-Loi’.