Steve Bruce dan Newcastle United Akhirnya Berpisah Secara Baik

Teka-teki, tarik tali dan desas-desus mengenai masa depan Seve Bruce bersama Newcastle United akhirnya terlerai jua apabila kedua-dua mempelai itu memilih untuk berpisah secara baik lagi penuh beradap.

Newcastle United melalui laman sesawang rasmi mereka, nufc.co.uk telah mengumumkan secara rasmi bahawa Steve Bruce telah meninggalkan posisi selaku ketua jurulatih dengan persetujuan bersama.

“Newcastle United dapat mengesahkan bahawa Steve Bruce telah meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih dengan persetujuan bersama.

“Dia meninggalkan Magpies setelah lebih dari dua tahun bertugas, setelah membawa kelab menamatkan musim di tempat ke-13 dan ke-12 di Liga Perdana dan mara ke peringkat suku akhir di Piala FA Emirates dan Piala Carabao ketika berkhidmat.”

“Newcastle United ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Steve Bruce atas sumbangannya dan mengucapkan selamat maju jaya.”

Steve Bruce berkata:

“Saya berterima kasih kepada semua orang yang berhubung kait dengan Newcastle United atas peluang untuk menguruskan kelab bola sepak yang unik ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan pelatih saya, para pemain dan staf sokongan khususnya untuk semua kerja keras mereka. Ada ketikanya naik dan turun, tetapi mereka telah memberikan segalanya walaupun dalam masa-masa sukar dan harus bangga dengan usaha mereka.

“Ini adalah kelab dengan sokongan yang luar biasa, dan saya berharap pemilik baharu akan membawa kelab ke arah yang kami semua mahukan. Saya mengucapkan yang terbaik kepada semua orang untuk mengharungi musim ini dan musim yang mendatang.”

Newcastle juga mengumumkan bahawa Graeme Jones akan memimpin pasukan secara sementara, bermula dengan perlawanan Sabtu ini menentang Crystal Palace dan akan bantu oleh pasukan pelatih Steve Agnew, Stephen Clemence, Ben Dawson dan Simon Smith.

Proses pengambilan ketua jurulatih baru sedang dijalankan dan temujanji akan diumumkan pada waktunya.

Kelab tidak akan membuat komen lebih lanjut buat masa ini.

Versi Inggeris

Newcastle United can confirm that Steve Bruce has left his position as head coach by mutual consent.

He leaves the Magpies after more than two years in charge, having steered the club to 13th and 12th-place finishes in the Premier League and reaching the quarter-final stage in both the Emirates FA Cup and Carabao Cup during his tenure.

Newcastle United would like to place on record its gratitude to Steve for his contribution and wishes him well for the future.

Steve Bruce said:

“I am grateful to everyone connected with Newcastle United for the opportunity to manage this unique football club.

“I would like to thank my coaching team, the players and the support staff in particular for all their hard work. There have been highs and lows, but they have given everything even in difficult moments and should be proud of their efforts.

“This is a club with incredible support, and I hope the new owners can take it forward to where we all want it to be. I wish everyone the very best of luck for the rest of this season and beyond.”

Graeme Jones will lead the team on an interim basis, starting with Saturday’s trip to Crystal Palace, and will be supported by the coaching team of Steve Agnew, Stephen Clemence, Ben Dawson and Simon Smith.

The process of recruiting a new head coach is under way and an appointment will be announced in due course.

The club will not be making further comment at this time.

BACA:  Man Utd Tawarkan Bintang Utama Kelab Kepada Newcastle United