Steve Cook Membuat Aksi Menyelamat Terlampau Padu Dan Dapat Kad Merah

Pemain pertahanan AFC Bournemouth, Steve Anthony Cook telah membuat satu aksi menyelamat yang sungguh padu tapi malangnya beliau telah dilayangkan kad merah.

Aksi menyelamat Steve Cook ini boleh dinobatkan antara aksi menyelamat yang terbaik di Premier League musim dengan satu lonjakan dan tepisan hujung jari yang terbaik.

Tapi malangnya Steve Cook bukanlah seorang penjaga gol dan hanya seorang pemain pertahanan.

Pada separuh masa pertama dalam perlawanan yang berlangsung di Carrow Road, penjaga gol Bournemouth, Aaron Ramsdale telah keluar untuk menghalang Teemu Pukki.

Melihat situasi gawang sudah terdedah, Ondrej Duda telah melencongkan bola ke pintu gol.

Steve Cook yang berada paling hampir dengan gawang telah melayangkan badan dan menepis keluar bola dengan hujung jari.

Steve Cook terus dilayangkan kad merah oleh pengadil dan Video Assistang Referee(VAR) membuat penilaian semula dan mengesahkan kad merah itu.

Akis yang dipamerkan Steve Cook itu dengan regangan badan penuh seperti pernah dilakukan oleh David De Gea, Ederson dan Alisson Becker.

Satu aksi menyelamat yang biasa dilakukan oleh penjaga gol bertaraf dunia oleh seorang pemain pertahanan.

Pengadil telah menghadiahkan sepakan penalti selepas insiden itu dan pemain sensasi Nowrwich City, Teemyu Pukki menyempurnakan sepakan.

Tindakan Steve Cook ini boleh dianggap sia-sia kerana tidak memberi kelebihan kepada Bournemouth.

Baca Juga

Baca Juga