Steven Gerrard Boleh Jadi Pengurus Teragung Selepas Sir Alex Ferguson

Legenda pasukan Liverpool, Steven Gerrard dikatakan boleh menjadi pengurus bola sepak teragung dan terhebat selepas era Sir Alex Ferguson yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tidak ramai bekas pemain sejak era media sosial meletus dapat menjadi pengurus yang berjaya dan hebat seperti yang dilakukan oleh Pep Guardiola dan Zinedine Zidane.

Ramai juga pemain sezaman Steven Gerrard yang terciduk selepas menjadi pengurus seperti Andrea Pirlo, Gary Neville, Thierry Henry, Frank Lampard serta Mikel Arteta yang mungkin menghitung hari.

Ada yang masih bertahan mungkin kerana kepercayaan yang diberikan oleh kelab masing-masing dan hanya masa menjadi penentu.

Gerrard telah menamatkan penguasaan Celtic di Scottish Premiership selepas membawa Rangers muncul juara buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad.

Pengurus Gilingham, Steve Evans yang merupakan seorang penyokong Celtic agak goyang dan risau dengan kehebatan pengurusan yang ditunjukkan Steven Gerrard bersama Rangers.

โ€œAku fikir Steven boleh menjadi pengurus British terbaik untuk tempoh yang lama sejak Sir Alex Ferguson.โ€

โ€œDan ini akan menjadi masalah besar bagi kelab yang aku paling sayang, Celtic.โ€

โ€œAku menyukai keghairahan yang ditunjukkan Steven Gerrard dan aku mendengar podcast antara Gerrard dan Jamie Carraghe.โ€

Kebimbangan Steve Evans semakin meresahkan selepas mendengar perbualan Gerrard dan Carragher yang membincangkan masa depan Rangers.

โ€œBanyak perbincangan mereka berkisar mengenai kegemilangan Glasgow Rangers dan sejauh mana Gerrard mampu membawanya.โ€

โ€œSteven budak yang rendah diri dengan latar belakang yang rendah diri dan sama seperti mereka dari Glasgow di mana mereka merupakan orang paling rendah diri di dunia.โ€

โ€œKehadiran Steven di sana menjadi satu kebimbangan buat Celtic.โ€

Bagi Steve Evans, tiada kelab akan membuatkan Gerrard pergi kecuali mendapat panggilan Liverpool dan ketika ini Jurgen Klopp cemerlang di Liverpool.

โ€œKerana hanya satu kelab di dunia ini akan menyebabkan Steven meniggalkan Rangers iaitu Liverpool. Setiap hari Steven di Rangers menjadi masalah kepada kelab yang aku paling sayang di dunia ini.โ€

โ€œSangat sukar untuk aku bertitahu kepada keluarga ku di Glasgow bahawa Rangers akan menjadi juara. Tapi itulah asas ketika Steven dilantik.โ€

โ€œAku tahu apa yang akan semua pemain Rangers capai kerana aku telah bertemu mereka selaku pengurus.โ€

Apa yang diutarakan oleh Steve Evans bukan suatu perkara yang mustahil dan Steven Gerrard dilandasan terbaik menjadi seorang penurus yang berjaya mungkin lebih hebat daripada Sir Alex Fergusan.

Bekas pemain sezaman Steven Gerrard yang terciduk kini juga boleh menjadi pengurus bola sepak yang hebat kerana karier pengurusan mereka baru bermula dan perjalanan masih panjang.

Karier Pengurusan Steven Gerrard

Karier pengurusan Steven Gerrard bermula sejurus selepas beliau pencen sebagai pemain bola sepak profesional bersama LA Galaxy dan bukan Liverpool yang dicintai.

Pada bulan November 2016, sebelum mengumumkan persaraan, Gerrad telah ditemuduga untuk mengisi jawatan kosong sebagai pengurus pasukan League One Milton Keynes Dons atau MK Dons.

Gerrard lulus dengan cemerlang namun menolak jawatan itu kerana masih belum bersedia dan itu satu tindakan bijak daripada Gerrard.

Pada Januari 2017, Gerrard telah dilantik sebagai jurulatih pasukan remaja Liverpool yang berkuatkuasa pada bulan Februari.

Gerrard dilaporkan akan mengambil alih pasukan Liverpool bawah 18 tahun untuk musim 2017/18 selepas Jurgen Klopp dan Alex Inglethorpe kagum dengan etika kerja Gerrard.

Pada 7 September 2017, Liverpool telah mengumumkan Gerrard sebagai pengurus pasukan Liverpool bawah 19 tahun untuk kejohanan UEFA Youth League 2017/18.

Pada April 2018, Gerrard telah berbincang untuk menjadi pengurus baru Rangers yang beraksi di Scottish Premiership dan pada 1 Mei Graeme Murty telah dipecat.

Tiga hari kemudian, Rangers mengumumkan Steven Gerrard sebagai pengurus baharu mereka bermula 1 jun 2018.

Musim ketiga menyaksikan Gerrard mencipta sejarah apabila membawa Rangers memenangi Scottish Premier League buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

Kejayaan Gerrard ini telah menamatkan dominasi Celtic untuk sedekad dan memberi gelaran juara utama ke-55 secara keseluruhan.

BACA:ย  Teori Konspirasi Berkait Kegagalan Fernandes Menyempurnakan Sepakan Penalti