Steven Gerrard Menamakan Kesebelasan Terbaik Pilihannya

Pemain dan para peminat sukan bola sepak kini menemui cara baru untuk menghiburkan hati serta merawat kerinduan untuk menyaksikan aksi sepak mula sukan itu.

Sejak virus Covid-19 melanda dunia, kesemua sukan utama terpaksa digantung dan ada yang sudah dibatalkan.

Bola sepak antara yang terkesan dengan penularan wabak itu. Sebagai pengubat kerinduan untuk menonton aksi pasukan serta pemain kesayangan, para peminat kini sering menonton semula aksi-aksi hebat yang pernah berlaku dalam sukan bola sepak sebelum ini.

Mereka turut bergembira dengan mengikuti kuiz berkaitan sukan bola sepak yang ada di media sosial.

Untuk para pemain pula, diwaktu pengawalan pergerakkan seperti sekarang, kebanyakkan mereka telah membuat kesebelasan pilihan masing-masing dan di bincangkan bersama peminat.

Ada yang memilih kesebelasan terbaik pilihan mereka, ada yang memilih kesebelasan terbaik dari bekas rakan sepasukan dan pelbagai lagi.

Kini terdapat satu cabaran baru sedang tular di media sosial yang mana para pemain dan bekas pemain diminta untuk memilih New World XI pilihan mereka.

Syarat utama untuk mengikuti cabaran ini adalah, mereka tidak boleh memilih mana-mana dua pemain yang pernah beraksi bersama baik untuk pasukan kebangsaan atau kelab.

Tujuan utama untuk tidak membenarkan mereka memilih dua pemain dari pasukan sama hanya untuk menambah keseronokkan sahaja.

Ini bermakna, mereka harus mengelakkan dari memilih Zlatan Ibrahimovic dan Ronaldo Nazario kerana kedua-dua pemain itu telah banyak berkelana beraksi bersama pasukan-pasukan gergasi Eropah.

Cabaran New World XI

Sebagai contoh sekiranya mereka memilih Lionel Messi kedalam kesebelasan pilihan, maka pemain seperti Andres Iniesta, Xavi, Ronaldinho, Samuel Etoโ€™o, Thierry Henry dan pemain Barcelona lain tidak boleh dipilih.

Cabaran itu telah tular dalam kalangan bekas pemain bola sepak dan antara yang terawal mengikuti cabaran ini adalah Jamie Carragher.

Legenda Liverpool itu telah menamakan kesebelasan pilihan beliau dan dimuat naik ke laman Twitter miliknya.

Senarai kesebelasan pilihan Jamie Carragher adalah:

Neville Southall, Philip Lahm, Franco Baresi, Vincent Kompany, Roberto Carlos, Roy Keane, Steven Gerrard, Pavel Nedved, Lionel Messi, Didier Drogba dan Kylian Mbappe.

Gerrard menamakan New World XI pilihannya

Selepas melihat Carragher mengikuti cabaran ini, Bekas ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard turut sama mahu mengikuti cabaran tersebut.

Gerrard telah memilih kesebelasan terbaik pilihannya mengikut kesesuaian cabaran dan peminat pasti teruja dengan barisan pilihan beliau.

Apa yang menariknya, Gerrard telah memilih lima pemain yang sama seperti pilihan Carragher, selebihnya adalah pilihan beliau sendiri.

Berikut adalah kesebelasan utama pilihan Steven Gerrard dan ternyata beliau memilih dengan begitu terperinci setiap pemain yang dipilih.

Secara jujurnya pilihan Gerrard sangat luar biasa hebat.

Idea menggandingkan Messi dan Mbappe untuk membantu Drogba di bahagian serangan sangat hebat.

Manakala gandingan Vincent Kompany dan Kalidou Koulibaly di bahagian pertahanan tengah sudah pasti akan menjadi perisai yang hebat untuk pasukannya.

Jan Oblak diletakkan sebagai penjaga gol utama dan harus diakui penjaga gol pasukan Atletico Madrid itu kini merupakan penjaga gawang terbaik dunia.

Gerrard turut menamakan Roy Keane sebagai kesebelasan pilihannya dan sebelum ini Beliau pernah memuji Keane ketika dalam temu bual bersama Sky Sports.

โ€œKeane adalah pemain terbaik, saya tidak tahu semua orang sedar atau tidak bertapa bagusnya dia selagi orang itu belum bertemu dengan dia dalam perlawanan.โ€

Begitulah kesebelasan pilihan Gerrard dalam mengikuti cabaran New World XI.

BACA:ย  Steven Gerrard Dalam Perbincangan Untuk Menjadi Pengurus Rangers Yang Seterusnya