Suarez Dilayangkan Kad Kuning Selepas Mengintai Skrin VAR

Pemain penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas mengintai skrin Video Assistant Referee(VAR) dari jarak dekat ketika perlawanan Champions League.

Aksi Luis Suarez itu nyata memberi hiburan kepada ramai orang dan Suarez tetap Suarez walaupun di mana saja beliau bermain dan sering melakukan sesuatu luar dugaan.

Suarez seolah-olah mendapat peluang yang baru apabila telah disambar Atletico Madrid ketika kariernya cuba diihancurkan oleh Barcelona.

Atletico Madrid mendapat pulangan dengan pembelian Suarez yang telah menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan pertama beliau di La Liga.

Pemain penyerang berusia 33 tahun itu tidak dapat lari daripada melakukan perkara bukan-bukan seperti menggigit, berlakon dan menipu dalam ujian.

Terbaru ketika perlawanan menentang Lokomotiv Moscow telah dilayangkan kad kuning kerana mengintai skrin VAR ketika pengadil sedang membuat penelitian.

Pemeriksaan semula daripada VAR itu nyata tidak berpihak kepada Atletico Madrid dan sepakan penalti diberikan kepada Lokomotiv Moscow.

Ramai berpendapat tingkah laku Suarez itu satu komedi yang menghiburkan dan Suarez membuktikan beliau masih lagi Suarez yang dulu.

Suarez nyata tidak berpuas hati dengan layangan kad kuning dari pengadil dan mempertahankan diri bahawa beliau berada di luar garisan yang menempatkan skrin VAR.

Pemain tengah Atletico Madrid, Hector Herrera telah menggunakan tangan untuk mengawal bola di dalam kawasan penalti dan penalti diberikan kepada lawan.

Anton Miranchuk telah menyempurnakan sepakan penalti untuk memadamkan gol pendahuluan daripada Jose Gimenez dan mengikat perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Luis Suarez terus kemarau gol di Champions League di tempat lawan apabila membazirkan beberapa peluang mudah dan menafikan kemenangan Atletico Madrid.

Setakat ini Suarez telah gagal menjaringkan gol dalam 23 perlawanan di tempat lawan dalam kejohanan Champions League.

BACA:  Suarez Disampahkan Barcelona Kini Julang Atletico Bergelar Juara