Suarez Hero Comeback Atletico, Barcelona Terciduk Teruk, Real Masih Ada Harapan

Juara liga Sepanyol, La Liga masih lagi belum menemui titik noktah untuk mencari siapa akan bergelar juara bagi musim 2020/21 selepas 37 perlawanan telah pun dilalui.

Persaingan sengit antara pendahulu ketika ini, Atletico Madrid, penyandang juara, Real Madrid dan Barcelona telah berlangsung dan ketiga-tiga pasukan ini saling kehilangan mata.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan, Barcelona telah pun terciduk dan tiada harapan lagi untuk bergelar juara selepas tewas dengan aksi kebangkitan Celta Vigo.

Atletico Madrid juga hampir kehilangan mata namun berjaya melakukan kebangkitan dengan gol kemenangan hadir melalui Luiz Suarez dipenghujung perlawanan.

Osasuna hampir saja mencuri satu mata daripada Atletico Madrid selepas berjaya mengikat pasukan bimbingan Diego Simeone pada separuh masa pertama.

Luiz Suarez telah terlepas peluang keemasan apabila percubaannya telah terkena tiang dan bola situasi 1 vs 1 berjaya diselamatkan.

Pada minit ke-59 Stefan Savic telah meletakkan Atletico Madrid di depan namun jaringan itu telah dibatalkan.

Memasuki fasa akhir permainan Osasuna mendahului pada minit ke-75 melalui jaringan Ante Budimir melalui satu sundulan tajam yang diselamatkan di dalam gawang.

Renan Lodi menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian dengan satu rembatan deras di depan muka penjaga gol Osasuna.

Ketik perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri Luiz Suarez muncul wira dengan gol kemenangan.

Barcelona telah tersingkir daripada perebutan gelaran La Liga musim ini selepas tewas 2-1 kepada Celta Vigo di laman keramat mereka, Camp Nou.

Barcelona bermula penuh bergaya dengan jaringan pembukaan Lionel Messi pada minit ke-28 melalui tandukan menyudahkan umpanan Sergio Busquets.

Namun gol itu hanya kekal 10 minit sahaja apabila Santi Mina menyamakan kedudukan dengan rembatan yang membuatkan Marc-Andre ter Stegen menjadi tugu.

Santi Mina terus menjadi duri dalam daging Barcelona apabila menjaringkan gol kemenangan Celta Viga di penghujung perlawanan dengan rembatan jarak dekat.

Kemenangan tipis Real Madrid ke atas kelab anak jati, Athletic Bilbao hasil jaringan Nacho Fernandez sudah cukup untuk terus mengheret kejuaraan ditentukan pada hari terakhir.

Dua pasukan dari bandar Madrid akan menentukan siapa yang bakal bergelar juara dengan Atletico Madrid mempunyai kelebihan dua mata.

Pada perlawanan terakhir Real Madrid akan bertemu Villareal dan Real Valladolid menanti kunjungan Atletico Madrid. Zinedine Zidane perlu mengharapkan kekalahan pasukan Diego Simeone untuk bergelar juara.

Real Valladolid pasti berhabisan untuk menang kerana mereka kemenangan akan memberi peluang kepada mereka untuk terus kekal di La Liga.

Saingan peringkat bawahan juga sengit dan pasukan yang bakal tersingkir juga belum dapat disahkan lagi setakat ini dan hanya Eibar yang yang sudah mengesahkan penyingkiran.

Suarez Yang Terbuang Bakal Bergelar Juara?

Luiz Suarez telah ditendang dan dibuang oleh Barcelona dan alasan yang diberikan Ronald Koeman ketika Suarez dibakul sampahkan adalah pemain itu sudah terlalu tua. Macam la Messi tu muda.

Selepas itu bermulalah kisah hidup Suarez sebagai pemain gelandangan yang mahu mencari kelab baru dan ini terjadi disebabkan kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich.

Juventus menyatakan minat mendapatkan Suarez tetapi oleh kerana kuota pemain import Old Lady sudah penuh maka Suarez perlu mendapatkan pasport Italy.

Nasib menyebelahi Suarez apabila isterinya merupakan warganegara Italy dan Suarez layak untuk memohon tetapi perlu menjalani ujian Bahasa Italy (B1 Italian language exam) untuk mendapatkan kewarganeraan.

Luis Suarez telah lulus ujian bahasa Italy yang dijalankan di Universiti Perugia tetapi langit tidak selalu cerah dan malam tidak selalu gelap.

Suarez tetap Suarez Media Italy, Repubblica dan Ansa melaporkan bahawa pemain penyerang itu dituduh menipu berikutan kerana terdapat dakwaan ada ‘penyelewengan’ di mana Suarez mendapat soalan lebih awal dan sudah pasti sudah tahu jawapan.

Pada ketika itu mustahil untuk Suarez meneruskan kariernya di Italy dan Suarez akan berdepan masalah besar jika pertuduhan yang dibuat itu adalah benar dan drama berterusan.

Atletico Madrid telah membuka pintu kepada Luis Suarez namun Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dilaporkan telah menyekat hasrat Suarez untuk bersama Diego Simeone.

Atletico Madrid menandatangani Suarez secara percuma dan sanggup membayar bonus sekitar €4-6 juta euro kepada Barcelona yang pelahap dan kejam.

Kini Suarez cemerlang seperti biasa bersama Atletico dan hanya selangkah lagi untuk membawa Atletico Madrid bergelar juara La Liga di kala Barcelona telah terciduk.

Dengan alasan terlalu tua dan bersatu bersama Diego Simeone dengan harga €7 juta, Suarez telah menjaringkan 20 gol di La Liga.

Baca Juga

Baca Juga