Suarez Sedih Dan Menyesal Kerana Pernah Marah Kepada Penyokong Liverpool

Luis Suarez mengakui bahawa beliau masih sedih dan kecewa kerana sikapnya yang pernah memarahi penyokong Liverpool musim lalu.

Bintang Uruguay itu telah bergembira sakan selepas menjaringkan gol dalam kemenangan Barcelona 3-0 keatas Liverpool dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir liga Juara-juara musim lalu di Nou Camp.

Pusingan kedua pula telah berlangsung di Anfield dan Barcelona dimalukan oleh Liverpool dengan kekalahan 4-0 dan Suarez telah diboo dengan teruk oleh para penyokong the reds pada ketika itu.

Luis Suarez sebelum ini antara pemain paling di sayangi di Liverpool selepas mengharungi karier yang cemerlang di Anfield.

Kebanyakkan peminat sangat mengagumi ketajaman dan kehebatan beliau ketika menjadi penjaring utama untuk Liverpool ketika kariernya di England.

Namun tindakan beliau yang berlebih-lebih meraikan jaringan bertemu bekas pasukannya membuatkan para peminat menjadi marah dan tidak senang dengannya.

Bintang berusia 33 tahun itu tidak memintak maaf kepada peminat sewaktu itu kerana memikirkan tentang majikan beliau Barcelona dan beliau turut menjelaskan bahawa dirinya memahami mengapa peminat menjadi marah.

“Saya tahu ramai peminat Liverpool marah dengan saya kerana saya meraikan gol secara berlebih-lebih ketika bertemu Liverpool di Nou Camp dan kerana itu saya berasa agak sedih.”

Jelas Suarez kepada laman website rasmi Liverpool.

“Saya terima semua itu dan saya bercakap begini dengan harapan supaya mereka boleh faham dengan situasi saya.”

“Kami bermain di halaman sendiri dan ianya merupakan perlawanan separuh akhir liga Juara-juara. Saya mahu ada salah satu detik terbaik dalam karier dan karier saya di sana dan saya rasa peminat sendiri tidak mungkin lupa bagaimana sikap saya ketika beraksi bersama Liverpool sendiri.”

Liverpool berjaya menjuarai saingan liga Juara-juara keenam mereka ketika itu dengan menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir di Madrid.

Selepas itu, skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya untuk menjulang tiga lagi piala besar seperti Super Cup, FIFA Club World Cup dan yang terbaru mereka berjaya menjulang kejuaraan saingan Liga Perdana pertama pasukan sejak 30 tahun lalu.

Suarez berjaya menjaringkan 31 gol ketika membantu Liverpool mencabar kedudukan Liga pada musim 2013/14 turut berasa bangga dengan kejayaan yang bekas pasukannya itu capai pada musim ini.

Beliau kagum melihat kerja keras para pemain yang akhirnya berjaya juga membawa Piala kejuaraan liga ke bumi Anfield selepas 30 tahun kelab menanti.

“Bagi saya, ia sangat menakjubkan untuk peminat, untuk pemain sendiri dan untuk ramai lagi orang-orang yang bekerja keras sebalik kejayaan Liverpool kali ini. Terlalu ramai orang bekerja di sana dan untuk tempoh 30 tahun ini mereka mungkin tidak tahu bagaimana perasaan pasukan bila berjaya menjulang kejuaraan liga.”

“Mereka mempunya kesempatan yang betul-betul bagus kali ini dan saya fikir mereka tentu sangat gembira serta teruja untuk menantikan detik melihat Jordan menjulang Piala teragong itu.”

“Saya fikir mereka perlu nikmati detik ini, untuk peminat Liverpool, untuk semua orang, untuk warga Scouse. Saya sangat gembira untuk anda semua.”

BACA:  Pemilik Liverpool Persoal Tindakan Coutinho & Suarez Tinggalkan Anfield Untuk Sertai Barcelona