Sukan Asia 2018 Hoki Final : Malaysia vs Jepun

Skuad hoki Malaysia gagal menempa sejarah baharu di Sukan Asia apabila sekadar meraih pingat perak dan gagal untuk meraih buat pertama kali dalam sejarah negara sejak sukan hoki di perkenalkan di Sukan Asia Tokyo pada 1958.

Kali terakhir Malaysia ke final adalah pada Sukan Asia 2010 dan sekadar meraih pingat perak.

Pada suku pertama 4 gol terhasil dan 3 gol milik Speedy Tigers. Razie Rahim membuka jaringan perlawanan dan meletakkan Malaysia dihadapan pada minit ke-4 sebelum Jepun menyamakan kedudukan pada minit ke-9 melalui Tanaka Seren.

Kemudian Tengku Ahmad Tajuddin meledak dua gol dalam tempoh seminit untuk Malaysia terus mendahului 3-1. Gol kedua Malaysia dari Tengku Ahmad Tajuddin hadir melalui satu pukulan kencang persing gerakan Salah yang membuat cut inside dan merembat melalui kaki kiri.

Bersambung suku kedua Malaysia mendahului 3-1 dan Faizal Saari mejarakkan kedudukan Malaysia kepada 4-1 pada minit ke-17. Japan kemudian merapatkan kedudukan 5 minit kemudian dan kedudukan 4-2 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Pada suku ketiga tiada tambahan gol dari Malaysia dan Jepun kedudukan Malaysia masih mendahului 4-2 dan Malaysia kembali bertenang selepas teruk di tekan pada suku kedua, perlawan bersambung ke suku yang terakhir.

Malaysia mempunyai kelebihan pada suku keempat selepas pemain Jepun dikenakan kad kuning dan dikenakan penalti 5 minit. Malaysia terus mengasak mencari gol tambahan dan Amirol Aideed berjaya menjaringkan gol kelima.

Jepun tidak mengalah dan terus menyerang mencari gol dan akhirnya Fukuda Kentaro berjaya menjaringkan gol ketiga pasukan matahari terbit itu. Kenta Tanaka menjaring gol kedua peribadi dan gol ke-4 tidak lama kemudian.

Akhirnya Jepun berjaya menyamakan kedudukan melalui Koji Yamasaki ketika perlawanan berbaki 2 minit. Malaysia akhirnya mendapat penalti corner dan Razie Rahim melayangkan badan untuk menjaringkan gol ke-6.

Jepun kembali menyamakan kedudukan melalui Ochiai Hiromasa ketika perlawanan berbaki beberapa saat dan perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.

FT MALAYSIA 6-6 JEPUN

4′ PC Razie Rahim
9′ FG Tanaka Seren
11′ FG Tengku Ahmad Tajuddin
11′ FG Tengku Ahmad Tajudddin
17′ PC Faizal Saari
22′ FG Tanaka Kenta
49′ FG Amirol Aideed
52′ FG Fukuda Kentaro
53′ PC Tanaka Kenta
58′ FG Yamasaki Koji
58′ PC Razie Rahim
60′ PC Ochiai Hiromasa

Jepun unggul selepas 5 pukul dengan kemenangan 2-1 walaupun S.Kumar cemerlang menyelamatkan percubaan Jepun.

Diatas kertas Malaysia menjadi pasukan pilihan untuk meraih pingat emas berdasarkan ranking dan rekod pertemuan yang terdahulu yang nyata berpihak kepada Malaysia.

Malaysia vs Jepun – 21 pertemuan
Menang – 14 perlawanan
Seri – 4 Perlawanan
Tewas – 3 Perlawanan

Kekalahan ini juga telah menutup peluang Malaysia untuk mendapat slot ke Sukan Olimpik Jepun 2020. Malaysia kali terakhir mara ke Sukan Olimpik adalah pada tahun 2000 di Sydney, Australia.

Perjalanan Malaysia Ke Perlawanan Akhir

Malaysia mara ke perlawanan akhir Sukan Asia 2018 Palembang/Jakarta bagi acara hoki lelaki untuk penentuan pingat emas menentang Jepun.

Pada peringkat kumpulan Malaysia diletakkan bersama Thailand, Kazakhstan, Oman, Bangladesh dan Pakistan di dalam kumpulan B.

Malaysia bermula cemerlang dengan menang 3 perlawanan awal dan tewas kepada Pakistan yang merupakan pencabar utama sebelum menewaskan Oman di perlawanan terkahir.

Di separuh akhir Malaysia bertemu India dan berjaya mengikat kedudukan 2-2 dan menang dipenentuan pukulan penalti.

Kumpulan B

1. FT Malaysia 16-2 Kazakhstan
2. FT Malaysia 10-0 Thailand
3. FT Malaysia 7-0 Bangladesh
4. FT Malaysia 1-4 Pakistan
5. FT Malaysia 7-0 Oman

Separuh Akhir

FT Malaysia 2-2 Indian (pen. 7-6)

Akhir

Malaysia vs Jepun

Malaysia menjaringkan 41 gol di peringkat kumpulan dan bolos 6 gol dengan 4 kemenangan dan satu kekalahan.

Sukan Asia 2018 Hoki Separuh Akhir: Malaysia 2-2 India

S.Kumar muncul wira apabila menewaskan India di penentuan pukulan penalti selepas terikat 2-2 selepas masa permainan sebenar.

Di penentuan penalti selepas 5 pukulan kedudukan masih terikat lalu di bawa ke sudden death. Tengku Ahmad Tajuddin menyempurnakan pukulan terakhir sebelum S.Kunar menyelamatkan pukulan terakhir India.

Malaysia menang 7-6 dan mara ke final bakal bertemu pemenang perlawanan Pakistan dan Jepun. Pemenangnya adalah Jepun yang bakal m3nentang Malaysia di final.

Jika berjaya merangkul emas, skuad hoki Malaysia secara automatik akan layak ke Sukan Olimpik Jepun 2020. Hanya emas memastikan tempat ke Olimpik.

Jika Jepun juara, slot itu akan diberikan kepada pasukan yang belum layak ke Olimpik 2020 dan berada dalam ranking tertinggi pada akhir 2019.

Sukan Asia 2018 Hoki : Malaysia 7-0 Oman

Malaysia melengkapkan saingan kumpulan B dengan membelasah Omana 7 gol tidak mampu dibalas apatah lagi senyum.

Sukan Asia 2018 Hoki : Malaysia 1-4 Pakistan

Selepas tiga perlawanan Malaysia sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir dan tewas kepada Pakistan diperlawanan ke-4 peringkat kumpulan.

Sukan Asia 2018 Hoki : Malaysia 7-0 Bangladesh

Bangladesh pula menjadi mangsa belasahan Malaysia di hari jumaat yang mulia ini dengan jaringan 7 gol tanpa balas.

Selepas 3 perlawanan Malaysia mengungguli kumpulan B dengan 9 mata dengan 33 gol dan 2 bolos.

Sukan Asia 2018 Hoki : Malaysia 10-0 Thailand

Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak kemenangan apabila berpesta gol dengan membelasah Thailand 10-0 dalam aksi Kumpulan B.

Pada babak pertama, Meor Muhammad Azuan Hassan menjaringkan gol pembukaan sebagai mukaddimah kepada pesta gol.

Muhamad Firhan Ashari, Faizal Saari, Muhammad Razie Rahim, Muhammad Azri Hassan dan Muhamad Shahril Sabah menambah 5 lagi gol pada babak kedua.

Tiga lagi gol menyusul pada babak ketiga menerusi Amirul Aideed Mohd Arshad, Shahril dan Tengku Ahmad Tajuddin sebelum Fitri Saari melengkapkan kemenangan 10-0 pada babk keempat.

Dalam perlawanan pembukaan kumpulan B Kazakhstan lunyai dibelasah Malaysia 16-2.

Bangladesh menunggu Malaysia dalam perlawanan seterusnya pada jumaat.

FT Malaysia 16-2 Kazakhstan

Baca Juga

Baca Juga