Sukan Asia 2018 : Shah Firdaus Hanya Dipisahkan 0.025 Saat Untuk Pingat Gangsa

Sengit dan penuh mendebarkan perebutan pingat gangsa bagi acara Berbasikal Trek Pecut Lelaki antara pelumba Negara Shah Firdaus Shahrom dan pelumba Korea Selatan, IM Chaebin.

Penentuan pemenang dibawa ke perlumbaan ketiga selepas Shah Firdaus bangkit memenangi perlumbaan kedua apabila tewas mudah di perlumbaan pertama.

Henjutan pada perlumbaan ketiga menyaksikan Shah Firdaus dipisahkan dengan 0.025 saat sahaja di belakang Chaebin yang merangkuk gangsa.

Pada penentuan emas, Azizulhasni mudah menewaskan lawan untuk pingat emas kelima Malaysia.

Baca Juga

Baca Juga