Sukan SEA 2019 : Aaron Chia-Wooi Yik Tamatkan Kemarau Emas 16 Tahun Acara Beregu

Pasangan beregu Badminton Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menamatkan kemarau pingat emas 16 tahun Malaysia di Sukan SEA dalam acara beregu lelaki.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menewaskan pasangan beregu Thailand, Bodin Isara dan Maneepong Jongjit di perlawanan akhir yang berlangsung di di Kompleks Sukan Muntinlupa.

Kemenangan pingat emas Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dipamerkan dengan aksi kebangkitan selepas mereka tewas pada set pertama 18-21 dan menang dalam dua set seterusnya 21-15, 21-16.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas dalam acara badminton beregu lelaki 16 tahun lalu melalui pasangan Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah di Sukan SEA 2003 Hanoi, Vietnam.

Sejak digandingkan pada penghujung tahun 2017 inilah kejuaraan pertama diraih pasangan ini, pada mac lalu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kecundang dipentas final All England 2019.

Emas daripada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ini merupakan emas ketiga daripada skuad badminton di Sukan SEA 2019, Manila, Filipina dan menutup hari terkahir Badminton dengan penuh bergaya.

Pemain perseorangan lelaki, Lee Zia Jia dan perseorangan wanita, S. Kisona terlebih dahulu mengutip emas dalam acara masing-masing yang mempamerkan penguasaan Malaysia di acara utama.

Baca Juga

Baca Juga