Sukan SEA 2019 : Farah Ann Raih Emas Pertama Gimnastik

Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi memulakan pungutan pingat emas bagi pasukan gimnastik negara di Sukan SEA 2019 dalam acara Women Artistic Gymnastics Individual All-Around(Gimnastik Artistik Individu Keseluruhan Wanita).

Bagi acara Women Artistic Gymnastics Individual All-Around(Gimnastik Artistik Individu Keseluruhan Wanita) empat rutin atau disiplin berbeza perlu dilalui iaitu vault, uneven bars, floors execise dan balance beam.

1. Rutin Balance Beam – Batang Titian
2. Rutin Floors Execise – Senaman Lantai
3. Rutin Uneven Bars – Palang Tak Sejajar
4. Rutin Vault – Melombol

Farah Ann agak goyang sedikit dalam acara Balance beam atau Batang Titian apabila beberapa kali terjatuh namun itu tidak mematahkan semangan Farah Ann untuk menamatkan rutin itu.

Walaupun banyak kehilangan mata di acara batang titian namun 3 rutin lagi sudah cukup untuk Farah Ann mengumpul mata tertinngi dan memenangi pingat emas.

Pingat perak menjadi milik gimnas Indonesia manakala pingat gangsa menjadi milik seorang lagi gimnas negara, Tan Ing Yueh.

1. Emas – Farah Ann Abdul Hadi(Malaysia) – 48.050 mata
2. Perak – Rifda Irfanaluthfi(Indonesia) – 47.800 mata
3. Gangsa – Tan Ing Yueh – 46.900 mata

Pada Sukan SEA 2015 Singapura dan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Farah Ann meraih dua pingat emas dalam acara berpasukan dan senaman lantai dan ini merupakan pingat emas ke-5 Farah Ann di Sukan SEA.

Aksi Farah Ann juga telah memikat hati penyokong tuan rumah, Filipina yang memberi sorakan yang cukup meriah ketika beliau beraksi.

Baca Juga

Baca Juga