Sukan SEA 2019 : Filipina 1-0 Malaysia

Malaysia meneruskan saingan acara bola sepak Sukan SEA 2019 untuk perlawanan kedua dan kali ini menentang pasukan tuan rumah, Filipina dan kemenangan harus diraih dalam perlawanan ini.

Pasukan Ong Kim Swee dilihat sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan ini tetapi aksi dipamerkan Myanmar pada perlawanan pertama agak mengejutkan yang kini dibawah bimbingan Velizar Popov.

Dalam perlawanan ini Malaysia perlu menang kerana mempunyai kelebihan rehat 3 hari berbanding Filipina yang hanya berehat sehari.

Ong Kim Swee menukar beberapa orang pemain untuk perlawanan kedua ini di mana R. Dinesh dan Nik Akif Syahiran bermula dari kesebelasan utama.

Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan permainan Malaysia yang masih lagi mencari rentak selepas dua perlawanan.

Pengulas dikaca televisyen pula menyifatkan posisi pemain Malaysia tidak jelas, siapa nombor 8, siapa nombor 6, false 9 dan 10 semua keluar dan sebagainya.

Walaupun Filipina bukan satu pasukan yang baik tetapi pada separuh masa pertama menyaksikan Filipina lebih baik berbanding Malaysia

Malaysia terus mempamekan aksi yang huru-hara selepas perlawanan bersambung di masa kedua dengan permainan yang kucar-kacir dan tak tahu menda main.

Pertukaran serentak dilakukan Ong Kim Swee bagi mengubah perlawanan, Luqman Hakim dan Umar Hakeem dimasukkan menggantikan R. Dinesh dan Nik Akif Syahiran.

Berpunca daripada satu sepakan penjuru ketua pasukan Filipina, Stephan Schrock tumbukan yang cuba dilakukan Haziq Nadzli tidak kesampaian.

Pengulas menyifatkan sepakan yang dilakukan Stephan Schrock itu mengelirukan dan gol itu diberikan kepada Amani Manuel Aguinaldo yang membuat sentuhan terakhir.

Hadi Fayyadh terlepas peluang baik untuk menyamakan kedudukan selepas kawalan bola yang tidak kemas disusuli sepakan ke laut.

Berbaki 10 minit permain Malaysia cuba mengejar dan mengasak Filipina bertubi-tubi. Boleh pulak main bola, sepanjang 70 minit buat menda?

Tiada apa yang mampu dilakukan Malaysia sekurang-kurangnya mencuri satu mata gol kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Pemain senior Filipina, Stephan Schrock sentiasa wujud disegenap padang dan memberi inspirasi kepada pemain muda.

Secara logik akal peluang sangat tipis untuk Malaysia mara dan perlu bergantung kepada elemen nasib, kalau Filipina kalah, kalau Myanmar kalah semua baki perlawanan.

Kena main buah kalau dah ni. Perlawanan wajib menang tapi tak menang, kau rasa? Aku masih berharap, kau?

FT FILIPINA 1-0 MALAYSIA

Amani Manuel Aguinaldo 73’

Kesebelasan utama Filipina vs Malaysia

MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier, 14. Syamer Kutty Abba, 13. R. Dinesh; 19. Akhyar Rashid, 9. Hadi Fayyadh, 11. Nik Akif Syahiran.

PEMAIN-PEMAIN GANTIAN: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 7. Faisal Halim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 12. Luqman Hakim, 15. Umar Hakeem, 18. Damien Lim (PG).

FILIPINA: 1. Anthony Pinthus (PG), 2. Edison Suerti, 8. Dylan Alain Lucienne De Bruycker, 9. Chima Uzoka, 10. Justin Baas, 11. Yrick Gallantes, 12. Amani Manuel Aguinaldo, 14. Javier Augustine Gayoso, 15. Vincent Mar Diano, 17. Stephan Schrock (K), 18. Christian Rontini.

PEMAIN-PEMAIN GANTIAN: 3. Marco Alessandro Casambre, 4. Jordan Blair Jarvis, 5. Dennis Chung, 6. Griffin Connor McDaniel, 7. Dimitri Lionel Limbo, 13. Mariano Suba Jr, 16. Pocholo Bugas, 19.
Jerome Marzan, 20. Michael Asong (PG).

Sukan SEA 2019 : Malaysia 1-1 Myanmar

Malaysia turun untuk perlawanan pertama acara bola sepak Sukan SEA 2019 menentang Myanmar di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina pada jam 4.00 petang (Waktu Tempatan & Malaysia).

Masalah teknikal dan masalah fasiliti yang tidak sempurna menjadi masalah kepada semua pasukan bola sepak yang hadir lebih awal memulakan saingan di Sukan SEA.

Kau tengok la sendiri tempat sidang media Sukan SEA 2019. Mencabar betul. Dinding penuh berseni.

Permainan bermula dengan agak huru-hara bagi kedua-dua pasukan yang pasti mahu mencari rentak perlawanan secepat mungkin dan mendapat permainan yang dimahukan.

Malaysia mendapat sepakan percuma pada minit ke-8 selepas bola terkena tangan pemain Myanmar diluar kotak penalti ketika perebutan bola dengan Luqman Hakim.

Syameer Kutty Abba menggalas tugas sepakan percuma namun tendangan yang dilakukan Syameer Kutty Abba agak jauh melepasi palang. Sila cuba lagi.

Dominic Tan menyelamatkan pintu gol Malaysia apabila pantas menghadang bola ketika pemain Myanmar cuba melakukan rembatan menyaksikan bola keluar.

Selepas 10 minit Malaysia masih huru-hara mencari rentak namun Myanmar semakin tenang dan mula mendapat rentak mereka.

Penjaga gol Malaysia, Haziq Nadzli yang gemar melakukan kesilapan telah mengulanginya lagi apabila sepakan percuma Aung Naing Win gagal ditangkap kemas.

Kelam kabut sendirian Haziq menepis bola keluar dan Myanmar mendapat sepakan penjuru dan berhasil memperoleh gol pertama dan juga gol pembukaan melalui Soe Moe Kyaw.

Pada minit ke-17, Myanmar datang lagi dengan satu gerakan yang menghasilkan satu lorongan cantik namun Haziq Nadzli berjaya menepis.

Belum habis pedih ditangan menepis percubaan sebelum itu Myanmar datang lagi dengan sepakan penjuru namun bola berjaya dikeluarkan ketika hampir masuk.

Kesilapan pemain Myanmar bermain hantaran didepan gol mengundang padah apabila Akhyar Rashid pantas mencuri bola dan membuat potongan kebelakang (cut back) untuk disudahkan Hadi Fayyadh.

Selepas gol penyamaan, Malaysia mula mendapat rentak dan dapat menyerap rentak permainan Myanmar dan bermain dengan lebih tersusun.

Pada mint ke-37 Hadi Fayyadh hampir menggandakan kedudukan apabila tandukannya yang berpunca dari sepakan percuma sekadar menghinggap ke palang sebelum bola keluar.

Dominic Tan antara pemain yang menonjol dalam perlawanan ini yang membuat banyak hadangan penting mematikan serangan Myanmar diseparuh masa pertama.

Pada minit ke-50 Akhyar Rshid dijatuhkan selepas melakukan lari solo dan tidak memberi pilihan kepada Ye Yint Aung yang melakukan bentesan lalu dilayangkan kad kuning.

Satu lagi sepakan percuma yang dibazirkan oleh anak buah Ong Kim Swee dengan satu sepakan yang lemah dan mudah dipatahkan.

Akhyar Rashid mendapat peluang terbaik untuk menggandakan kedudukan tapi sayang voli padunya berjaya ditepis keluar penjaga gol Myanmar.

Pada minit ke-63 sekali sepakan percuma diperolehi selepas Adam Nor Azlin dikasari dan Adam sendiri membuat sepakan yang cantik tapi sayang bola terkena palang.

Akhyar Rashid yang bekerja keras sepanjang perlawanan mengalami kekejangan otot dan dikeluarkan pada minit ke-75 selepas Luqman Hakim juga ditukar kerana kecederaan.

Ketika permainan berbaki 3 minit hantaran yang baik daripada R. Dinesh berjaya ditanduk kemas Hadi Fayyadh namun sayang sundulan itu sedikit melewati palang.

Kemudian lorongan cantik Hadi Fayyadh berjaya mencari Faisal Halim yang tidak dikawal tetapi entah apa yang dilakukan Faisal. Membuat clearance depan gol lawan?

Malaysia gagal mencari 3 mata dan agak gugup dalam perlawanan pertama dan banyak perlu diperbaiki dalam perlawanan seterusnya, palang menjadi penghalang apabila 2 kali mengeluarkan bola Malaysia.

Myanmar bukan pasukan pilihan tetapi dengan taktikal yang diterapkan Velizar Popov nyata menjadi dengan permainan yang tersusun dalam mengekang pasukan Malaysia.

FT Malaysia 1-1 Myanmar

Soe Moe Kyaw 12’
Hadi Fayyadh 23’

Kesebelasan Utama Malaysia vs Myanmar

MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier, 14. Syamer Kutty Abba, 15. Umar Hakeem; 19. Akhyar Rashid, 9. Hadi Fayyadh, 12. Luqman Hakim.

PEMAIN-PEMAIN GANTIAN: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 7. Faisal Halim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 11. Nik Akif Syahiran, 13. R. Dinesh, 18. Damien Lim (PG).

MYANMAR: 3. Ye Min Thu, 4. Soe Moe Kyaw, 5. Ye Yint Aung, 6. Hlaing Bo Bo (K), 7. Lwin Moe Aung, 8. Myat Kaung Khant, 12. Aung Wunna Soe, 13. Aung Kaung Mann, 15. Aung Naing Win, 18. Sann Sat Naing (PG), 19. Htet Phyoe Wai.

PEMAIN-PEMAIN GANTIAN: 1. Soe Arkar (PG), 2. Win Moe Kyaw, 9. Si Thu Aung, 10. Win Naing Tun, 11. Zin Min Tun, 14. Thu Rein Soe, 16. Kaung Htet Soe, 17. Soe Lwin Lwin, 20. Nay Moe Naing.

Baca Juga

Baca Juga