Sukan SEA 2019 : Indonesia 0-3 Vietnam

Perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2019 menemukan dua pasukan daripada kumpulan B, Indonesia dan Vietnam telah berlangsung di Stadion Rizal Memorial, Manila.

Evan Dimas mengalami kecederaan teruk selepas diterjah keras pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau dan tidak dapat meneruskan perlawanan.

Melihat kecederaan itu, Evan Dimas terpaksa diganti Syahrian Abimanyu lantaran cedera parah di pergelangan kaki.

Selepas melakukan aksi kasar itu, Doan Van Hau telah menjaringkan gol pembukaan buat Vietnam melalui satu sundulan cubit-cubitan.

Vietnam terus menambah keunggulan pada minit ke-59 hasil tendangan kaki kanan sang kapten, Do Hung Dung untuk menggandakan kedudukan.

Do Hung Dung terus menjadi mimpi ngeri buat Indonesia apabila menjaringkan gol ketiga untuk meletakkan Vietnam selesa di depan pada minit le-73.

Pemain pertahan Vietnam itu kini bermain bersama kelab Belanda, SC Heerenveen di liga Eredivisie secara pinjaman selama setahun.

Pada minit ke-79 ketika mendahului 3-0, wasit yang tidak curang telah melayangkan kartu merah kepada jurulatih Vietnam, Park Hang Seo dan jurulatih dari Korea Selatan itu terpaksa meninggalkan bangku cadangan.

Park Hang Seo nyata tidak dapat menerima keputusan pengadil dan cuba membantah serta merusuh namun dapat ditenangkan lalu membawa diri ke bangku untuk duduk bersama pendukung di Stadion.

Akhirnya emas menjadi milik Vietnam yang kini semakin gah untuk menjadi gergasi bola sepak Asean dan pasukan pencabar di Asia.

Vietnam seperti biasa bermain penuh berdisiplin dari bahagian pertahanan hinggalah serangan sekaligus menafikan peluang Indonesia untuk merasai kalungan pingat emas buat pertama kali.

Pemain Indonesia terlalu rigid dan gagal membuat gerakan yang berkesan untuk menembusi bahagian tengah dan pertahanan Vietnam yang kental seperti biasa.

Indonesia (4-3-3): Nadeo Argawinata; Asnawi Mangkualam, Andy Setyo, Bagas Adi Nugroho, Firza Andika; Sani Rizki Fauzi, Zulfiandi, Evan Dimas; Witan Sulaiman, Osvaldo Haay, Saddil Ramdani.

Vietnam: Nguyen van Toan; Huynh Tan Sinh, Ho Tan Tai, Doan Van Hau, Nguyen Duc Chien, Nguyen Thanh Chung; Nguyen Trong Hoang, Nguyen Hoang Duc, Do Hung Dung; Ha Duc Chinh, Nguyen Tien Linh.

Baca Juga

Baca Juga