Timnas Indonesia meneruskan rentak kemenangan mereka dalam perlawanan kedua acara bola sepak Sukan SEA 2019 disaingan kumpulan B dan kali ini Singapura menjadi mangsa sang Garuda dengan skor 2-0.
Permainan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan apabila Singapura bermain penuh berdisiplin menekan pergerakan Indonesia.
Singapura nyata berjaya mengekang dan menutup ruang dengan menghadkan pergerakan Evan Dimas, Zulfiandi dan Syahrian Abimanyu yang menjadi nadi Indonesia.
Strategi Singapura ini berhasila dan banyak mencipta peluang namun gagal disudahkan dan Indonesia gagal untuk membuat percubaan ke gawang Singapura.
HOREEE…. !!! TIMNAS INDONESIA MENANG LAGIII… !!
INDONESIA 2-0 Singapura. #TimnasDay #SEAGames2019 pic.twitter.com/qETR6m3kQI
— Football5star (@Football5star) November 28, 2019
Babak kedua menyaksikan Indonesia lebih agresif dan beroleh peluang terbaik melalui Egy Maulana Vikri namun berjaya di selamatkan penajga Singapura, Muhammad Zharfan.
Osvaldo Haay berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-63 dengan membobol(membolosi) gawang Singapura selepas mengawal kemas umpanan lambung ke kawasan Singapura.
Indonesia menggandakan kedudukan 11 minit kemudian hasil jaringan Asnawi Mangkualam yang menyempurnakan bantuan gol daripada Osvaldo Haay.
Dipenghujung perlawanan berlaku dua aksi panas dan pergaduhan hampir tercetus, Osvaldo Haay sudah menggenggam penumbuk dan mengetap gigi namun tidak dilepaskan.
Saingan kumpulan B kini menjadi sengit antara 3 pasukan iaitu Vietnam, Indonesia dan Thailand yang membelasah Brunie 7-0.
Kesebelasan Utama Indonesia vs Singapura
Timnas Indonesia U-23 (4-3-3): Nadeo Argawinata; Asnawi Mangkualam, Andy Setyo, Bagas Adi Nugroho, Firza Andika (Dodi Djin 46); Syahrian Abimanyu, Zulfiandi, Evan Dimas (Rachmat Irianto 59) Darmono; Egy Maulana Vikri, Muhammad Rafli (Osvaldo Haay 30), Saddil Ramdani.
Singapura: Ryhan Stewart, Lionel Tan, Jacob Mahler, Ikhsan Fandi, Muhammad Faris, Muhammad Syahrul, Hami Syahin, Muhammad Naqiuddin, Irfan Fandi, Muhammad Zharfan, Tajeli.
Sukan SEA 2019 : Thailand 0-2 Indonesia
Tim Nasional (Timnas) Muda Indonesia nyata bukan kaleng-kaleng tidak seperti pasukan kakeknya apabila memulakan saingan Sukan SEA 2019 dalam acara sepak bola dengan penuh bergaya.
Juara pingat emas Sukan SEA 2017, Thailand berjaya ditundukkan Garuda Muda dengan dua gol tanpa balas dalam perlawanan kumpulan B yang berlangsung di Rizal Memorial Stadium, Filipina.
Gol Garuda hadir pada separuh masa pertama dan kedua dan gol itu berhasil dilesakkan oleh Egy Maulana Vikri di minit ke-4 dan Osvaldo Haay di minit ke-86.
Indonesia nyata garang dengan gol awal permainan dan terus mengasak Thailand, jaringan di penghujung perlawanan oleh Osvaldo Haay nyata terus membunuh permainan.
Thailand bukan pasukan biasa-biasa namun gagal untuk menembusi gawang Indonesia dalam semua percubaan mereka.
Indonesia kini menempati posisi dua klasemen sementara grup B dengan raihan tiga poin, hanya berbeda selisih gol dengan Vietnam yang menang 6-0 atas Brunei Darussalam.
Kesebelasan Utama Thailand vs Indonesia
Thailand: Nont Muangngam, Thitathorn Auksornsri, Shinnaphat Leeaoh, Srayut Sompim, Saringkan Promsupa, Anon Amornlertsak, Jaroensak Wonggorn (Wisarut 81′), Chatmongkol Tongkiri, Kritsada Kaman, Supachai Chaided, Suphanat Mueanta.
Indonesia: Nadeo Arga Winata, Asnawi Mangkualam Bahar, Bagas Adi Nugroho, Andy Setyo Nugroho, Firza Andika, Evan Dimas Darmono (Irianto 58′) Zulfiandi, Syahrian Abimanyu, Egy Maulana Vikri, Muhammad Rafli, Saddil Ramdani.