Sukan SEA 2019 : Indonesia Mara Ke Separuh Akhir, Juara Bertahan Thailand Kandas

Selepas selesai pusingan peringkat kumpulan A yang menyaksikan Myanmar mara selaku juara kumpulan diiringi oleh Kemboja sebagai naib juara, saingan kumpulan B juga sudah diketahui keputusannya.

Indonesia mara ke separuh akhir selepas menewaskan Laos 4-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan B manakala Thailand sekadar seri 2-2 menentang Vietnam.

Empat gol timnas U23 Indonesia dicetak oleh tiga pemain berbeda, yakni Saddil Ramdani (4′), Osvaldo Haay (46′, 90+4′), dan tendangan penalti Bagas Adi Nugroho (72′).

Dengan kemenangan ini, Indonesia berhak melangkah ke babak semifinal SEA Games 2019 cabang olahraga sepak bola.

Keputusan ini telah menobatkan Vietnam selakuk juara kumpulan B dengan 13 mata selepas mencatatkan keputusan 4 kemenangan dan satu seri.

Indonesia yang mencatatkan keputusan menang dan satu tewas mengumpul 12 mata, dua mata dihadapan Thailand yang merupakan juara Sukan SEA 2017.

Separuh akhir Sukan SEA 2019 :

1. Myanmar vs Indonesia
2. Vietnam vs Kemboja

FT Indonesia 4-0 Laos

FT Vietnam 2-2 Thailand

Baca Juga

Baca Juga