Sukan SEA 2019 : Kesebelasan Utama Malaysia vs Filipina

Malaysia meneruskan saingan acara bola sepak Sukan SEA 2019 untuk perlawanan kedua dan kali ini menentang pasukan tuan rumah, Filipina dan kemenangan harus diraih dalam perlawanan ini.

Pasukan Ong Kim Swee dilihat sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan ini tetapi aksi dipamerkan Myanmar pada perlawanan pertama agak mengejutkan yang kini dibawah bimbingan Velizar Popov.

Dalam perlawanan ini Malaysia perlu menang kerana mempunyai kelebihan rehat 3 hari berbanding Filipina yang hanya berehat sehari.

Pasukan Malaysia telah pun tiba di Stadium Memorial Rizal untuk perlawanan menentang Filipina pada jam 8 malam ini.

Siaran langsung perlawanan antara Malaysia dan Filipina ini akan dipancarkan secara langsung di saluran RTM,TV2 dan Astro Arena, saluran 801/802HD.

Berikut merupakan pemain kesebelasan utama Malaysia yang diturunkan oleh Datuk Ong Kim Swee.

MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier, 14. Syamer Kutty Abba, 13. R. Dinesh; 19. Akhyar Rashid, 9. Hadi Fayyadh, 11. Nik Akif Syahiran.

PEMAIN-PEMAIN GANTIAN: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 7. Faisal Halim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 12. Luqman Hakim, 15. Umar Hakeem, 18. Damien Lim (PG).

Ini pula pemain kesebelasan utama Filipina.

FILIPINA: 1. Anthony Pinthus (PG), 2. Edison Suerti, 8. Dylan Alain Lucienne De Bruycker, 9. Chima Uzoka, 10. Justin Baas, 11. Yrick Gallantes, 12. Amani Manuel Aguinaldo, 14. Javier Augustine Gayoso, 15. Vincent Mar Diano, 17. Stephan Schrock (K), 18. Christian Rontini.

PEMAIN-PEMAIN GANTIAN: 3. Marco Alessandro Casambre, 4. Jordan Blair Jarvis, 5. Dennis Chung, 6. Griffin Connor McDaniel, 7. Dimitri Lionel Limbo, 13. Mariano Suba Jr, 16. Pocholo Bugas, 19. Jerome Marzan, 20. Michael Asong (PG).

Baca Juga

Baca Juga