Sukan SEA 2019 : Kisona Hadir Sebagai Pelengkap Jadual Menjadi Comeback Queen Dikalungkan Emas

Selvaduray Kisona, pemain badminton wanita Malaysia yang berada diranking ke-104 dunia melakar kejutan demi kejutan dalam saingan badminton perseorangan wanita di Sukan SEA 2019 Filipina yang akhirnya membawa pulang emas.

Dalam perlawanan akhir Selvaduray Kisona telah bertemu pemain Indonesia, Ruselli Hartawan yang berada diranking ke-34 dunia dan seperti biasa kebangkitan padu ditampilkan Kisona untuk mengecewakan pemain Indonesia.

Dalam perlawanan akhir, Kinsona bermula baik, mendahului 6-3 dan meneruskan penguasaan dengan kedudukan 19-16 namun permainan Kinsona menjadi goyah dan agak gugup dengan membazirkan mata demi mata lalu tewas 22-20.

https://twitter.com/goldemployee01/status/1203927001817477121

Pada set kedua Ruselli Hartawan mula mendapat keyakinan mendahului 4-1, Kisona tidak panik malah menunjukkan kekuatan mental beraras tinggi apbila tidak menoleh lagi untuk menang 21-14, mengheret permainan ke rubber set.

Permainan penuh yakin terus ditampilkan Kinsona pada set ketiga dan menang 21-13 untuk melakarkan kejutan besar di Sukan SEA dengan Kalungan pingat emas walaupun hadir tanpa diletakkan harapan.

Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina menyaksikan sejarah yang ditempa Selvaduray Kisona dan kisah Ratu Comeback yang boleh menjadi inspirasi dan motivasi buat semua.

Selvaduray Kisona dapat bermain dan terpilih ke Sukan SEA 2019 selepas Goh Jin Wei yang berada di ranking ke-53 dunia yang mengalami masalah kesihatan.

Jalan cerita Kisona ini hampir sama dengan kisah Raja Pecut Asia Tenggara, Muhammad Haiqal Hanafi yang menjadi pengganti saat akhir dan tidak diberikan harapan yang akhirnya menjadi juara.

Perjalanan Kisona untuk ke perlawanan akhir sangat berliku dan sangat kental menentang pemain yang berada di ranking dunia yang telampau lebih baik kecuali pada pusingan pertama.

Dalam kesemua perlawanan Kisona di Sukan SEA 2019 Filipina ini, Kisona telah mencipta kebangkitan dalam semua perlawanan apabila tewas di set pertama sebelum bangkit untuk menang di rubber set.

Kekuatan mental Kisona nyata berada diaras yang tinggi dan stamina yang tidak terbatas kerana telah melalui permainan 3 set dalam semua perlawanan yang dilalui sebelum menjadi juara.

1. Pusingan pertama – Kisona Selvaduray vs Airah Mae Nicole Albo, Filipina (329) – 18-21, 21-10, 21-15

2. Suku Akhir – Kisona Selvaduray vs Gregoria Mariska Tunjung, Indonesia (24) – 19-21, 21-12, 21-19

3. Separuh Akhir – Kisona Selvaduray vs Nitchaon Jindapol, Thailand (22) – 11-21, 27-25, 21-14

4. Akhir – Kisona Selvaduray vs Ruselli Hartawan, Indonesia (37) – 20-22, 21-14, 21-13

Baca Juga

Baca Juga