Sukan SEA 2019 : Lee Zii Jia Raih Emas Badminton Perseorangan Lelaki

Pemain badminton negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk meraih pingat emas Sukan SEA 2019 dalam acara perseorangan lelaki sekaligus memenuhi sandaran pingat emas yang diletakkan di bahu beliau.

Lee Zii Jia telah menewaskan pemain Singapura yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, Loh Kean Yew dalam perlawanan straight set, 21-18 dan 21-18 di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila Filipina.

Pemain badminton nombor satu Malaysia itu telah mempamerkan aksi yang meyakinkan walaupun ketinggalan pada set kedua, beliau kembali memperkemaskan permainan selepas melihat pemain Singapura itu semakin tertekan.

Loh Kean Yew memberi tentangan sengit, pada set pertama walaupun ketinggalan 8-4 dan kemudian dijarakkan kepada 11-6, pemain Singapura itu sempat mengejar sebelum tewas 21-18.

Kebangkitan ditunjukkan oleh Loh Kean Yew pada set kedua dan mendahului 8-4 namun kerana tidak mampu menahan tekanan dengan kesilapan demi kesilapan Lee Zii Jia mengejar dan meraih emas dengan kemenangan 21-18.

ini merupakan pingat emas pertama Lee Zii Jia selepas bertanding dalam dua Sukan SEA sebelum ini.

Pemain berusia 21 tahun yang berasal dari Alor Setar Kedah ini merupakan pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Remaja 2016. Lee Zii Jia bakal selalu mencuri perhatian dunia badminton dengan backhand smash yang padu.

Lee Zii Jia mengakui bahawa backhand smash yang selalu dilakukannya itu bukan satu kebetulan tetapi hasil latihan sejak kecil seperti yang dilakukan lagenda badminton dunia, Taufik Hidayat.

“Memang sejak kecil lagi saya sudah mula berlatih untuk buat pukulan seperti itu. Saya kerap menyaksikan pukulan kilas yang dilakukan Taufik Hidayat (legenda badminton Indonesia).”

“Jadi, apabila ada peluang dalam perlawanan saya akan melakukannya.”

Biodata Ringkas Lee Zii Jia :

Nama : Lee Zii Jia
Tarikh Lahir : 29 Mac 1998
Umur : 21 tahun
Tinggi : 1.85 m (6 ft 1 in)
Negara : Malaysia
Negeri : Alor Setar, Kedah
Rangking Dunia : 16

Baca Juga

Baca Juga