Sukan SEA 2019 : Libasan Gunting Menghasilkan Emas Buat Pesilat Negara

Jurus libasan gunting daripada pesilat negara, Zulfazly Zulfakar nyata membuahkan hasil apabila berjaya memenangi pingat emas dalam kategori tanding putera D.

Zulfazly Zulfakar yang merupakan harapan untuk skuad silat Malaysia merangkul sasaran dua emas telah menewaskan pesilat daripada Indonesia Hanifan Kusumah dengan kemenangan 3-2.

Skuad silat negara tampak sukar untuk memenuhi sasaran dua emas selepas prospek emas pengsan dan cedera teruk selepas disepak dikepala oleh pesilat Filipina.

Zulfazly telah mengotakan janji akan membawa pulang emas untuk rakannya, Faizul Nasir yang mengalami kecederaan teruk juga prospek emas silat.

Kejayaan Zulfazly ini juga telah mengulangi pencapaian bapanya, Zulfakar Abdul Majid ya g dilakukan pada Sukan SEA 1991 juga di Filipina. Manis bukan?

Pingat emas pertama skuad silat hadir daripada acara ganda putera melalui gandingan Taqiyuddin Hamid dan Sazlan Yuga.

Baca Juga

Baca Juga