Mohammad Rifdean Masdor yang merupakan atlet Muay Thai Malaysia yang ke Sukan SEA 2019 Filipina telah meraih pingat emas dengan penuh bergaya apabila menumbangkan lawan dengan satu TKO(technical knockout) dalam kategori 45kg.
Petarung Muay Thai yang berasal daripada Kuching Sarawak itu telah melepaskan satu sikuan berputar penuh bergaya kepada lawan daripada Laos, Soulixay Singsavath pada pusingan kedua yang berpangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Teluk Subic.
Serangan penuh berstrategi, licik lagi berseni ini terus menumbangkan Soulixay Singsavath dan petarung daripada Laos itu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tercedera teruk.
Mohammad Rifdean Masdor telah menewaskan petarung tuan rumah, Filipina. Kim Robert Miranda di separuh akhir sebelum mara ke final dan bertemu Soulixay Singsavath.
Berusia 17 tahun, Mohammad Rifdean Masdor baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah mengharumkan nama Malaysia diseantero Asia Tenggara dalam sukan Muay Thai.
Emas daripada Mohammad Rifdean Masdor telah berjaya membantu skuad Muay Thai memenuhi sasaran satu pingat emas.
Kehadiran bapanya, Masdor Manan sebagai satu kejutan di Pusat Pameran dan Konvensyen Teluk Subic nyata memberi semangat tambahan untuk beliau menang emas melalui TKO.
Untuk rekod, Mohammad Rifdean Masdor merupakan Juara Muay Thai Remaja Dunia yang berlangsung di Antalya, Turki pada awal bulan Oktober yang lalu dengan menewaskan bekas juara dunia.
Dikejohanan Muay Thai Remaja Dunia, Mohamad Rifdean Masdor berjaya menundukkan lawannya Ruach Hashem Gordon dari Israel yang merupakan bekas juara dunia kategori lelaki 45 kilogram.
Pada bulan Julai yang lalu Mohammad Rifdean Masdor telah meraih pingat perak di Kejohanan Muay Thai Dunia di Bangkok selepas tewas kepada petarung daripada Thailand dalam kategori 48kg.
Peninju Muay Thai, Mohammad Rifdean Masdor kalah kepada peninju Thailand dalam peringkat akhir Kejohanan Muay Thai Dunia di Bangkok, hari ini. pic.twitter.com/Z6N4GAJu1a
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 28, 2019
Mohamad Rifdean Masdor mempunyai hobi yang agak unik jika dibandingkan dengan sukan yang diceburinya yang keras dan ganas, Mohamad Rifdean Masdor minat membela ayam.