Sukan SEA 2019 : Muhammad Haiqal Hanafi Raja Pecut Asia Tenggara

Muhammad Haiqal Hanafi berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dalam acara lari pecut 100 meter lelaki yang sebelum ini menjadi milik Khairul Hafiz Jantan apabila menjadi Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu.

Stadium Olahraga New Clark City, menyaksikan Muhammad Haiqal Hanafi muncul juara acara lari pecut 100 meter dengan satu kemenangan yang selesa dengan catatan masa 10.35 saat.

Permulaan dan lonjakkan yang begitu baik daripada Muhammad Haiqal Hanafi ketika memulakan perlumbaan sebelum beliau meneruskan momentum larian meninggalkan pelari lain dengan begitu selesa.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Khairul Hafiz Jantan tidak dapat mempertahankan gelarannya tahun ini apabila tidak melepasi had kelayakan selepas kembali daripada kecederaan panjang.

Khairul Hafiz Jantan hanya akan beraksi dalam acara 4X100.

Harapan emas di Sukan SEA 2019 Filipina untuk Muhammad Haiqal Hanafi raih mula bersinar selepas beliau mencatatkan masa kedua terpantas di pusingan saringan dengan catatan masa 10.39 saat.

Dalam acara 100 meter ini, Jonathan Nyepa disebut-sebut sebagai prospek utama pingat negara namun kejutan telah dilakarkan oleh Muhammad Haiqal Hanafi.

Jonathan Nyepa menamatkan saingan diperingkat akhir hanya dikedudukan ke-4.

1. Muhammad Haiqal Hanafi – 10.35 saat
2. Cpl. Ruttanapon Sowan – 10.49 saat
3. Lacn Bandit Chuangchai – 10.52 saat
4. Jonatha Nyepa – 10.60 saat

Ruttanapon Sowan dari Thailand merupakan pesaing utama dan pelari yang dijangkakan akan meraih pingat namun akhirnya ditapau Muhammad Haiqal Hanafi.

Pelari pecut Thailand itu mencatatkan masa terbaik ketika peringkat saringan dengan catatan masa 10.35 saat namun gagal mengekalkan rentak larian di pusingan akhir.

Baca Juga

Baca Juga