Sukan SEA 2019 : Myanmar 2-4 Indonesia, Timnas Lolos Ke Final

Pasukan Tim Nasional(Timnas) Bawah 23 tahun Indonesia terus tidak terkalahkan cemerlang, gemilang, terbilang apabila lolos dugaan Myanmar lalu mara ke final Sukan SEA 2019 Filipina dalam acara sepak bola.

Indonesia mencipta kejutan pada peringkat kumpulan apabila menyingkirkan dan menghantar pulang pasukan pilihan dan juara bertahan, Thailand dalam saingan kumpulan B bagi mengiringi Vietnam ke separuh akhir.

Juara kumpulan A, Myanmar yang semakin padu sejak mendapat sentuhan bekas jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov menanti Indonesia di separuh akhir.

Perlawanan masa normal menyaksikan permainan kedua-dua pasukan imbang apabila menamatkan perlawanan dengan keputusan terikat seri 2-2 dan perlawanan dibawa ke masa tambahan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadion Rizal Memorial menyaksikan Indonesia selesa mendahului dua gol melaluI jaringan Evans Dimas pada minit ke-57 dan Egy Maulana Vikri pada minit ke-70.

Kerana leka, alpa dan terlalu yakin Indonesia terus menyerang dan membuat barisan pertahanan Timnas terdedah kepada ancaman dan peluang ini terus diambil oleh Myanmar.

Myanmar memanfaatkan kealpaan pertahanan Indonesia dengan dua gol pantas dalam tempoh dua minit cetakan Aung Kaung Mann pada minit ke-79 dan Win Naing Tun pada minit ke-81.

Blunder daripada Zulfiandi dan penjaga gol, Nadeo Arga telah membolehkan Myanmar mengikat dan mengheret ke masa tambahan.

Pada minit ke-101, Indonesia kembali di depan dan Osvaldo Hayy menemui jaringan selepas banyak terlepas peluang mencetak nama selaku penjaring.

Evan Dimas menjarakkan kedudukan Indonesia kepada dua gol dengan kedudukan 4-2 pada babak kedua masa tambahan dan keputusan 4-2 bertahan sehingga laga bubar.

Susunan pemain Timnas Indonesia: 1. Nadeo Argawinata, 14. Asnawi Mangkualam, 2. Andy Setyo, 5. Bagas Adi Nugroho, 11. Firza Andika (Doddy Alex 83′), 7. Zulfiandi (Rachmat Irianto 98′), 6. Evan Dimas Darmono, 15. Saddil Ramdani, 10. Egy Maulana Vikri (Witan Sulaeman 104′), 20. Osvaldo Haay, 9. Muhammad Rafli (Sani Rizki 46′)

Susunan pemain Timnas Myanmar: 18. Sann Sat Niang, 2. Win Moe Kyaw, 3. Ye Min Tu, 5. Ye Yint Aung, 6. Hlian Bo Bo, 7. Lwin Moe Aung (Thu Rein Soe 95′), 8. Myat Kaung Khant, 12. Aung Wunna Soe, 15. Aung Naing Win, 19. Htet Phyoe Wai (Aung Kaung Mann 60′), 20. Nay Moe Naing (Win Naing Tun 62′).

Baca Juga

Baca Juga