Sukan SEA 2019 : Veneu Boling Padang Yang Amat Menyedihkan

Skuad boling padang negara yang akan bertanding Sukan SEA bagi memburu 5 pingat emas seperti yang disasarkan akan berdepan sedikit kesulitan kerana perbezaan rumput di Sukan SEA.

Pasukan boling padang yang menjalani latihan di atas padang sintetik namun pada September lalu Filipina mengesahkan bahawa pertandingan itu akan diadakan di padang rumput.

“Pada saat-saat akhir ini, kita mendapat maklumat bahawa mereka akan menggunakan venue lama, iaitu padang rumput, namun segala masalah itu dapat diatasi dengan bantuan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi program latihan yang dicadangkan dalam mesyuarat bersama, dan kita telah mendapat kelulusan untuk menjalani latihan di Thailand dengan kos yang berpatutan.”

Pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, skuad boling padang telah meraih 7 pingat emas daripada 8 pingat emas keseluruhan yang dipertandingkan.

Beberapa hari sebelum pertandingan berlangsung sekali kejutan terjadi apabila perubahan veneu sekali lagi terjadi namun itu tidak mematahkan semangat skuad boling padang negara.

Ketua jurulatih negara, Zuraidi Puteh, optimis dan positif serta yakin dengan pengalaman dan persiapan anak buahnya mampu menghadapi apa jua cabaran yang akan tiba.

“Itulah hasrat kami, untuk mencipta kejayaan di luar Kuala Lumpur selepas sebelum ini hanya cemerlang di bumi sendiri. Kami akan buktikan kami boleh di luar Kuala Lumpur.”

Astro Arena telah mengeluarkan satu video veneu tempat boling padang yang akan berlangsung. Macam tapak fun fair? Tapak fun fair lagi cantik.

“Walaupun terpaksa beraksi atas padang persis bola sepak, lawan tetap lawan.”

Skuad Boling Padang ke Sukan SEA Filipina:

Lelaki

1. Izzat Shameer Dzulkeple
2. Fairul Izwan Ab Muin
3. Muhammad Hizlee Abdul Rais
4. Muhammad Soufi Rusli, Zulhilmie Redzuan
5. Muhammad Idham Amin Ramlan
6. Daeng Dhadyry Dahasry
7. Mohamed Fairus Abd Jabal
8. Mohammad Syamil Syazwan Ramli
9. Fairul Iqwan Abd Muin (pemain simpanan).

Wanita

1. Auni Fathiah Kamis
2. Siti Zalina Ahmad
3. Nur Ain Nabilah Tarmizi
4. Zuraini Khalid
5. Azlina Arshad
6. Afiqah Dayana Budiman
7. Nurul Alyani Jamil
8. Syafiqah Haidar Afif Abdul Rahman
9. Emma Firyana Saroji.

Baca Juga

Baca Juga