Sukan SEA 2019 : Vietnam 4-0 Cambodia, Indonesia Menanti Vietnam Di Final

Vietnam tidak berdepan masalah untuk mara ke final Sukan SEA 2019 dalam acara bola sepak selepas mudah menjinakkan Kemboja dalam perlawanan separuh akhir.

Pasukan paling handal di bima sakti, Garuda Muda, Timnas Indonesia menanti Vietnam diseparuh akhir selepas menewaskan Myanmar dengan jaringan 4-2.

Vietnam terlalu kuat auranya buat Kemboja apabila ketinggalan 3-0 pada babak pertama hasil jaringan Nguyen Tien Linh pada minit ke-20 dan Ha Duc Chinh pada minit ke-26 dan 45+2.

Ha Duc Chinh melengkapkan hatrik pada minit ke-69 untuk kemenangan penuh bergaya Vietnam dan mara ke perlawanan akhir.

Cambodia Starting 11: Keo Soksela(GK), Cheng Meng, Ouk Sovann, Yue Safy, Ken Chansopheak, Orn Chanpolin (Captain), Yeu Muslim, Reung Bunheing, Sin Kakada, Mao Piseth, Keo Sokpheng

Vietnam Starting 11: Nguyen Van Toan (GK), Huynh Tan Sinh, Nguyen Thanh Chung, Doan Van Hau, Nguyen Trong Hoang, Nguyen Duc Chien, Do Hung Dung (Captain), Do Thanh Thinh, Nguyen Hoang Duc, Nguyen Tien Linh, Ha Duc Chinh

Baca Juga

Baca Juga